Skip to main content

Posts

Bila Rindu Datang Lagi..

Assalamualaikum.. Bila rindu datang lagi aku suka tatap gambar anak-anak masa kecil dan menonton kembali video yang dirakam.Cepat betul masa berlalu..dah besar rupanya anak kesayangan mama dan papa. Setiap gambar yang diambil dan video yang dirakam ada cerita suka duka. Tiap gambar ada kenangan kami..Seronok dan gembira bila melihat gelagat aina dan anis semasa kecil dari lahir hinggalah kini. Hinggakan aina dan anis pada mulanya tak percaya bahawa video yang dirakam adalah mereka berdua. Aku rasa bukan aku saja yang suka merakam aksi anak-anak untuk tatapan dan kenangan.Malah ramai lagi..Bagi aku setiap gambar ada kenangan dan momen tersendiri.Abadikan lah untuk tatapan dan kenang-kenangan kita kelak walaupun hanya sekeping gambar.

Bila dah pegang microphone..

Assalamualaikum.. Aksi dua beradik bila dapat pegang microphone. Berkaraoke nak pecah rumah dibuatnya..Inilah busy nya aku melayan aina dan anis di rumah sepanjang aku bercuti dan cuti sekolah minggu lepas.Tak sempat nak update di sini..Busy lah sangat katakan..Blog pun sepi.. Vid kurang memuaskan Set Super Professional Dual Microphone  ini rupanya dah lama sangat kami simpan sampai terlupa.Rasanya dah 6 tahun.Alhamdulillah masih berfungsi.Boleh lah diganti dengan mic yang rosak sebelum ini.  Inilah hasilnya gara-gara  Plan Mengemas  aku last week. Berbaloi juga lah.

The Liebster Award

Terima kasih   budak   sudi tag akak . Untuk tidak menghampakan budak akak jawab soalan- soalannya dari hati yang ikhlas:- 1. Pasukan bola sepak pilihan anda. Terengganu,Liverpool 2. Lagu patriotik kesukaan anda. Saya Anak Malaysia-Dr Sam.  Masa sekolah rendah nyanyi lagu ni masa senam aerobik. 3. Berikan nama negeri yang anda sedang duduki dan berapa buah daerah yang terdapat di dalam negeri tersebut. Selangor dan 9 buah daerah. 4. Asam pedas berasal dari negeri mana?  Melaka. Memang sedap. 5. Dalam banyak-banyak pantun, pantun apa yang paling anda sukai? Pantun seloka 6. Kalau celup stoking putih dalam air yang berwarna merah, stoking jadi apa? Mestilah stoking basah . 7. Apa yang anda faham tentang "buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan". kenapa cempedak tu mesti diluar pagar kan..orang yang jolokkan mesti pendek kot.. 8. Dalam banyak-banyak n...

CPUV : RWG Ice Age Adventure

Alhamdulillah rezeki di bulan September. Dapat lagi CPUV daripada RWG Ice Age Adventure. Terima kasih  Nuffnang   dan pihak penaja.  Klik di sini untuk maklumat

Bawa apron comel

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Disebabkan aina dan anis nak sangat berjumpa dengan umi dan ayah minggu lepas, papa aina pilih ke dua-dua Plan .Plan bersihkan rumah dan jumpa umi.. Seronok bukan main.Tapi tunggu mama dan papa bersihkan rumah dulu lah ye..Kalau tak, tak boleh keluar. Keluar pun dah petang dan sampai sana pun dah nak maghrib.Perjalanan ke sana mengambil masa selama satu (1) jam setengah. Rupa-rupanya ada cerita di sebalik itu, aina dan anis tanpa pengetahuan aku, telah bawa Apron  masing-masing sebelum keluar rumah. Nak ambik order dengan umi katanya. Pelawaan kami berdua nak ke Aeon, Taman Equine pun diorang tak endahkan.Boleh cakap, "mama, papa..pergilah, kitorang nak jaga kedai sekejap..Ehhh..buat macam kedai sendiri.  Macam-macam lah budak berdua ni. Umi dan ayah layan je karenah budak berdua ni. Balik pun dah lewat..Janji diorang berdua happy..Itu pun anis dah buat muka sedih depan aku.."mama boleh tak anis tidur dengan um...

Yang Mana Pilihan Hati..

Aina dah senaraikan apa aktiviti untuk dilakukan hujung minggu ini. Almaklumlah kami berdua cuti dan cuti sekolah dah pun bermula. Macam-macam aina dah plan untuk kami.  First nak breakfast di luar, makan roti canai katanya. Lepas makan roti canai, nak main   bowling . Kakak tak puas hati sebab kalah dengan adik, katanya.Then tengok wayang.Selepas tengok wayang kita jumpa umi dan ayah di Restoran Melima.  Then kita balik... Padahal aku pun ada plan sendiri dan plan ini dah pun dipersetujui oleh papa aina sebelum ini. Apalagi kemas rumah lah..Rumah kena dibersihkan setiap minggu. Nak pergi berjalan memang tak ada dalam plan ku ini. So plan mana nak ikut. Plan aku ke plan aina ni? Tapi aku dah tahu jawapannya mesti papa aina pilih plan aina. kompem...Tapi tunggu je lah ye.. Yang Mana Pilihan Hati.. Ni picture 2 minggu lepas masa jumpa umi dan ayah.. Seronok betul mereka berdua.Kalaulah umi masih jaga aina dan anis, pasti diorang berdua nak tolong...

CPUV Nuffnang : RMK Autumn/Wrinter 2014

Alhamdulillah rezeki di pagi Jumaat. Setelah menyepi seketika, hari ini CPUV Nuffnang muncul juga di blog chenachenis untuk iklan RMK Autumn/Winter 2014. Syukur.. Terima kasih yang selalu singgah dan baca blog  chenachenis ,beri komen dan klik iklan.Allah sahaja yang balas kebaikan anda semua. Terima kasih  Nuffnang  juga.