Skip to main content

Posts

Hobi kumpul Superhero Lego

Aku memang tak perasan kiosk kecil di Summit USJ Mall menjual watak kartun superhero lego yang menjadi kegemaran kanak-kanak malah orang dewasa pun teruja mengumpul koleksi ini.Padahal tiap-tiap hari aku melalui kedai ini kalau nak ke Giant. Papa aina dan anis yang perasan.Apa lagi suka hatilah budak berdua ni bila papa nya belikan lego untuk nya.Anis seperti biasa ye..suka yang princess you.. Ini dia..sila lihat picture di bawah. Setakat ini dah kumpul 3 watak superhero iaitu: Iron Man Cat Woman Captain America Sedang mencari watak lain seperti Spiderman,Batman dan lain-lain nanti.. Harga tak mahal pun.Ini je yang mampu di beli.Alhamdulillah..Tapi kalau dikumpul pastinya cecah ratus jugalah.Nak beli yang harga beratus 1 set lego memang tak mampu. Tengah menaip ni terfikir nak pinjam anis punya letak di dekstop office pun cantik juga..Mesti anis marah.. Jangan tertipu ye..kotak lambang frozen tapi bukan patung elsa dan anna pun..

SEGMEN : Bloglist Untuk Kawan-Kawan Yang Kita Suka

Assalamualaikum.. Jom ramai-ramai join segmen ini.Klik banner di bawah.. Kategori bloglist : Kakak(before 1990)

Kegagalan

Jangan takut kegagalan

Mamak Cupcake

Assalamualaikum dan selamat petang... Selesai main bowling  (Ahad-31 Ogos 2014) ,kami menonton wayang filem Mamak Cupcake..Tiket memang dah beli awal-awal, terus kitorang masuk panggung. kredit:google Bagi aku filem ini sesuai lah ditonton bersama family,santai dan ada unsur-unsur komedi dan romantik.Memang kelakar bila Sahiezy Sam bercakap loghat mamak..Yelah tak kan nak bercakap bahasa melayu, padahal dalam filem ini, Mohamad Jamaludin(MJ) lakonan Sahiezy Sam telah dihantar oleh ayahnya ke India selama 10 tahun untuk belajar selok perniagaan Nasi Kandar.Manakala abangnya lakonan Azad belajar di USA yang meminati muzik hip hop. Filem ini mengisahkan Mohamad Jamaludin (MJ) yang beketurunan Mamak mempunyai konflik minat dan matlamat hidup yang berbeza di mana beliau amat meminati pembuatan cupcake.Malangnya hasrat dan cita-cita terhalang kerana bapanya mahu MJ mewarisi perniagaan Nasi Kandar. Sehinggalah beliau telah berjumpa dengan Juliana lakonan Siti Saleh...

Suka-suka main Bowling

Assalamualaikum.. Cerita suka suki main bowling di Summit USJ Superbowl.. Ini kali kedua aina dan anis main bowling di sini..Seronok sungguh diorang.. Mana tak nya..pagar di kiri kanan longkang dinaikkan..Bestlah main..kalau tak asyik masuk longkang je.. Aina dah ada style baling bola bowling..Anis pula golek je bola tu..hehehe.. Anis dapat kalahkan Aina..Mata beza 2 sahaja..Aina tak puas hati sebab dapat dikalahkan oleh adiknya..Komplen pula mama main ngelat.. tak adil sebab pagar naik..jangan marah ye sayang mama..Nanti kita main lagi ye.. Selfie dari kami berempat sebelum bertolak ke Summit USJ..

CPUV Nuffnang : Jacob's-Simple Pleasures

Alhamdulillah..rezeki sempena Hari Kemerdekaan Nuffnang telah menghadiahkan blog ini dengan kempen Jacobs Simple Pleasures. Nak tahu apa itu Jacob's Simple Pleasures, bukalah sesawang Jacob's Malaysia ye..ada contest dan hadiah yang menarik menanti.. Terima kasih pihak  Nuffnang  kerana berterusan memberi CPUV.

Salam Merdeka dari chenachenis

"Malaysia,Di sini lahirnya sebuah cinta" Merdeka ke-57 Klik  Sini  untuk aktiviti atau acara di peringkat Kebangsaan sepanjang sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-57.