Skip to main content

Posts

Unic-Qunut Nazilah

Unic-Qunut Nazilah Doakan Untuk Gaza Ya Allah,Sesungguhnya kami letakkan Engkau dibatang leher musuh-musuh kami Dan Kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka Ya Allah,hancurkan kumpulan mereka Ya Allah pecahkan pakatan mereka Ya Allah leburkan pendirian mereka Ya Allah musnahkan langkah mereka Cengkamkan anjing-anjingmu kepada mereka Ya Allah yang Maha Memaksa Ya Allah yang Maha Perkasa Ya Allah yang Maha Membalas Ya Allahu Ya Allahu Ya Allah Yang turunkan kitab Yang gerakkan awan Yang tewaskan tentera azab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan kemenangan untuk kami

Kenapa wanita perlu lebih tidur ?

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.. Artikel di BH mengatakan bahawa wanita memerlukan tidur yang cukup .Kajian mendapati otak wanita memerlukan lebih banyak masa untuk pulih kerana melakukan banyak tugas di siang hari.Wanita yang kurang tidur sering mengalami kemurungan dan akan kerap marah.Sumber: bharian Memang wanita yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak akan mengalami masalah tidur yang tidak cukup.Terutama wanita yang tidak mempunyai pembantu rumah seperti aku ni.Awal pagi dah bangun sebelum suami dan anak-anak.Siapkan anak ke sekolah then ke tempat kerja.Balik dari office, siapkan apa yang patut,memasak, kemas rumah,lipat baju,sidai baju dan pastikan anak menyiapkan kerja sekolahnya.Paling awal jam 11.00p.m ke atas baru dapat tidur..Janji suami dan anak gembira.Alhamdulillah belum tahap murung dan masih boleh kawal kemarahan. Kepada suami-suami bantulah isteri anda melakukan kerja rumah.ye...   

Salam Jumaat

Salam Jumaat  Doa semoga kita dilimpahi rezeki, dimudahkan segala urusan, disayangi, diteguhkan aqidah dan ditingkatkan iman.

Keikhlasan

Chef Anis

Mama nanti Anis nak jadi Chef. Anis suka masak-masak ni mama.. Assistant ku yang setia membantu di dapur..Rajin sangat menolong di dapur.. Kalau bab cuci cawan dan mug tu, bagi kat anis lah.. Bab menyepah kat dapur pun anis juga..Anis suka tiru cara-cara chef memasak..Ok..puan-puan hari ni chef anis nak masak sup tulang..Nak ketawa pun ada melihat gelagat anis.. Cita-cita kanak-kanak kecil sentiasa berubah.Persekitaran, latar belakang keluarga juga mempengaruhi cita-cita mereka. Aku suka kalau pendidikan seiring dengan bakat anak..Setiap anak dikurniakan bakat semula jadi sejak kecil lagi dan berbeza-beza.  Sama ada kita sebagai ibu bapa menyedari  bakat dan potensi diri anak-anak  kita  dan serlahkannya..

CPUV NUFFNANG :KASTAM MALAYSIA

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.. Hari ni terkejut, ada CPUV dari Kastam Malaysia..Hebatnya  Nuffnang ,Kerajaan Malaysia pun beriklan dengan nuffnang. Kastam Malaysia sekarang ni tengah melakukan 'Ops Outlet 2014'. Operasi yang memerangi rokok haram. Sasaran adalah untuk mematahkan rangkaian penyeludupan,pengedaran dan penjualan rokok haram yang menumpukan kepada peniaga serta peruncit.  Kepada yang memiliki rokok haram tak kira lah yang jual ke atau beli akan dikenakan denda dan boleh dipenjara. Katakan Tidak pada rokok. Merokok kan membahayakan kesihatan. Oleh itu sayangilah diri anda, keluarga dan generasi anda. Rajin-rajinlah klik kalau ternampak iklan nuffnang ye..

CPUV Nuffnang: Tesco Delivery Lab

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.. Tesco dah ada online..ke aku yang ketinggalan zaman. Tanya pada kawan..memang ada pun..hahaha..Aku ni bukannya terror sangat bab beli shopping secara online ni..Tapi   Tesco Online ni macam best je.. Kalau nak tahu tesco ada 17,000 item yang boleh dibeli secara online dari barang dapur sampailah ke barangan perabot..First kena sign up dulu lah sebagai pengguna sebelum pilih barang..Katanya barangan yang dipilih adalah segar dan berkualiti.. Bila barang dah sampai di pintu rumah, kita boleh periksa dulu barang. Kalau rasa tak puas hati, boleh pulangkan semula barangan.Bayaran hanya dibuat selepas penghantaran dan boleh dibuat melalui kad kredit dan bukannya tunai..Senangkan..  Tak perlu lagi nak bersesak, beratur nak buat pembayaran, bayar parking, tol dan jimat masa dan tenaga.. Rasa malas nak keluar nak beli barang dapur dengan keadaan cuaca sekarang, order je melalui online.Sekarang ni pun zaman serba canggih.. Thank you Nuff...