Skip to main content

Posts

Manisnya beri mak abah duit...

Assalamualaikum.. Selepas habis belajar, di tambah dengan kegawatan ekonomi masa tu..sukar untuk aku mendapat pekerjaan.  Tapi ada di antara kawan-kawan yang mudah mendapat kerja dan gaji yang lumayan. Rezeki diorang.. aku pula.. first job, bekerja sebagai pembantu kedai di subang jaya..Ya Allah, masa tu gaji memang kecik..nak bayar sewa rumah lagi..tambang bas..tapi aku memang tak lupa bagi mak dan abah duit...Seingat aku, aku bagi mak RM100.00.. Aku memang suka lompat kerja..dari satu kerja ke satu kerja..Hehehe..Orang kata kalau nak gaji banyak kau kena lompat kerja..Kalau tak gaji kau akan naik sikit jelah (betul ke?..ye lah agaknya).. Al hamdulilah..walaupun suka tukar kerja..aku tetap bagi mak dan abah duit..aku akan bagi mak lebih dari abah..Sehinggakan aku berkahwin.. Tanggungjawab sebagai anak tak terhenti di situ. Selepas berkahwin memang kita akan banyak guna duit..lebih-lebih lagi bila dah ada anak..Nak bayar loan kereta, sewa rumah, loan rumah, beli sus...

Sabar je...

Ya bersabarlah walau apa pun dugaan datang..Hari ini memang menuntut kesabaran yang tinggi.Dengan keadaan internet yang lembab segala urusan kerja banyak yang tertangguh.Target nak siapkan hari ini juga..nampak gayanya kena lah sambung minggu depan..Sabar je lah..

Pilihan untuk berbuka puasa

Syukur Alhamdulillah .. beruntungnya kita sebagai rakyat Malaysia , bila tiba bulan ramadhan kita boleh memilih apa sahaja makanan untuk berbuka . . Kita ada pilihan untuk masak sendiri   ,membeli di bazaar ramadhan, berbuka di hotel dan restoren yang menawarkan  Buffet Ramadhan dengan menyediakan pelbagai jenis lauk, kuih muih dan bermacam lagi hidangan.. Bertuahnya bagi wanita-wanita yang bekerja sempat memasak juadah makanan untuk hidangan iftar selepas pulang waktu bekerja...Walaupun hidangan yang ringkas , tapi kebersihan adalah terjamin..Bagi mereka yang tak sempat untuk memasak, pilihan tentunya Bazaar Ramadhan.. Semua orang ada pendapat masing-masing samada memasak itu lebih jimat  ataupun membeli sahaja. . Ada yang berpendapat masak sendiri lebih menjimatkan, tetapi ianya bergantung kepada bilangan ahli keluarganya dan situasi...Mereka yang mempunyai anak ramai pastinya memasak sendiri adalah lebih menjimatkan.. Bagi kami sekeluarga, kami akan s...

Salam Ramadhan

Baju Kurung untukmu sayang..

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga menyiapkan baju kurung untuk Aina dan Anis.. Gigih betul menyudahkan jahitan baju kurung tahun ini..Lega rasanya.. Seronoklah mereka berdua..Aina dapat 3 pasang baju kurung dan anis 2 pasang..Selalunya tahun-tahun sebelumnya beli yang ready made je.. Tahun 2014 pula terasa nak jahit sendiri baju kurung ..Belinya bulan Mac yang lalu..siapnya dua hari sebelum puasa.. Itupun mak dah bising-bising, kalau tak sempat nak jahit hantar je kat tukang jahit..Tukang jahit terima ke tempahan lagi ke mak?..Tak rasanya... Bangga kan..bila anak sendiri puji..cantiknya baju kurung kakak..mama ni semua pandai lah.. Bersengkang mata menjahit bunga baju leher kurung ni..lagipun dah lama sangat tak menjahit..buat pun slow ditambah lagi kerja-kerja harian dan hakiki.. Kalau tak disebabkan bekerja , boleh siapkan dalam masa 3 hari termasuk menggunting kain..Teringat lagi masa tolong kakak menyiapkan tempahan baju kurung raya pelanggan..memang lumayan...

Ikea-June Sale Campaign

Assalamualaikum.. Jom shopping ke Ikea...Ikea akan mengadakan sale bermula 28 Jun 2014 sehingga 6 Julai 2014.. Klik sini  Ikea Sale .. Terima kasih  Nuffnang ..

Tema Hari Kemerdekaan Malaysia ke 57

"MALAYSIA, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta" telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia  2014 ke 57. Tema ini dipetik daripada lirik lagu "Warisan'' yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Tema ini dipilih untuk memyemarakkan rasa cinta dalam diri setiap rakyat Malaysia. Dengan rasa cinta ini akan mewujudkan masyarakat yang cintakan negara,sanggup berkorban dan bekerja keras demi menjamin keamanan, kemajuan,kesejahteraan dan kemakmuran negara.