Skip to main content

Posts

CPUV Nuffnang:Petronas Primax 95

Terima kasih  Nuffnang .. Petronas telah melancarkan Primax 95 Baharu dengan Advanced Energy Formula. Kelebihan produk ini dapat mengurangkan geseran untuk meminimumkan kehilangan tenaga,membersihkan enjin sekaligus meningkatkan penjimatan petrol. Jadi sesuai sangatlah untuk perjalanan jauh.. Info lanjut klik  www.mymesra.com.my

Biarkan dendam berlalu pergi

Janganlah menyiksa diri kita dengan menyimpan perasaan dendam kepada seseorang.Kerana ia akan menghilangkan ketenangan jiwa,perselisihan,permusuhan,menjauhkan silaturrahim, menjadi seorang yang pemarah dan akan muncul penyakit hati yang lain seperti irihati,mengumpat,membohong,benci dan lain-lain. Jadilah insan yang mudah memaafkan orang lain dan melupakan kisah lama kerana ia adalah sifat yang mulia .InsyaAllah kita akan menjadi insan yang Hebat.

Tebus Patung kax -Celcom

Hari ni dapatlah tebus Kax Celcom..Comel lah juga patung ni..Kax ini ada dua warna biru dan ungu.. Setiap kax ni ada nama ye..Jersi 9 Remeo,Jersi 1Harley,Jersi 4 Peachy dan Jersi 7Foxy..Sekarang dah kumpul 4, ada lagi 4 kax iaitu Jasper (Argentina),Dolly (Brazil),Mia (Itali) dan Joey (Jerman). Bagaimana untuk mendapatkan kax  yang comel ni?  Mudah sahaja, pengguna celcom xpax  hanya perlu melanggan mana-mana pek di bawah ini dan belanja RM7.00 seminggu.  Ikut arahan di atas, kemudian kita akan menerima sms beserta kod khas untuk menebus kax di mana-mana Blue Cube atau Pengedar Celcom yang sah.. Dan jika kita melanggan  mobile internet pada harga RM38.00 akan mendapat 2 kax..yahoo..Next month boleh tambah lagi koleksi.. Untuk maklumat lanjut layari  www.xpax.com.my/kax

Selamat Pagi

Assalamualaikum ... Selamat pagi semua..Jangan lupa untuk mengucapkan  syukur atas nikmat yang Allah berikan kepada kita sehingga kini.. Kesibukan dengan tugas-tugas hakiki  memaksa azlea melupakan sebentar aktiviti kunjung mengunjung..Ini pun sempat sekejap menjengah blog chenachenis sebelum bersiap nak ke office pagi ini.. p/s: Jumaat ini, semoga Allah mempermudah urusan ku..Amin..

CPUV Nuffnang:DKSH Tiger Balm Mosquito

Alhamdulillah..Terima kasih Mr. Nuffnang .Bermurah hati bagi lagi CPUV.  Kempen kali ini datangnya daripada  DKSH-Tiger Balm Mosquito. Tahniah juga pada blogger yang dapat kempen ni.. Kepada kawan semua, sudilah klik kempen ini ya.. (tapi tak pernah nampak pun kempen ni, waktu bila ye kempen ni menari-nari?)

Tiada kek di ulang tahun perkahwinanku..

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke-8 Sekejap betul masa berlalu..Semalam 3-6-2014 adalah ulang tahun perkahwinan kami yang ke-8 tahun..Alhamdulillah..syukur Ya..Allah memanjangkan jodohku bersama suami ku sehingga ke saat ini. Semakin lama usia perkahwinanku semakin mendalam cinta terhadap suamiku. Kami bersyukur Ya Allah,diberikan rezeki yang cukup dan diberikan nikmat kesihatan serta kebahagian dalam keluarga.  Jadikanlah kami suami isteri yang saling mencintai di kala dekat,saling menjaga kehormatan dikala jauh, saling menghibur dikala duka,saling ingat mengingati dikala bahagia,saling mendoakan dalam kebaikan dan ketakwaan serta saling menyempurnakan dalam peribadatan. Ya Allah,sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkahwinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada Sunnah Rasul-Mu. Ya Allah..indahkan rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci.Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma'-Mu.Penuhi kami...

Ramadhan semakin menghampiri kita

Sedar tak sedar kita semakin menghampiri bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan.   Menerusi takwin Islam,tarikh awal Ramadhan atau bulan puasa jatuh pada Ahad 29 Jun 2014 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1435H. InsyaAllah kita akan berpuasa pada hari Ahad.. Tak sabar rasanya..Tapi adakah kita sudah bersedia dan bergantikah puasa yang dah tinggal dan persiapan jiwa dan rohani?  Tahun ini harapan agar aina dapat berpuasa penuh..Itu pun aina dah tanya macam-macam ..kalau tak larat boleh tak kakak buka puasa katanya..hehehe..Zaman kanak-kanak adalah zaman yang indah terutama semasa belajar berpuasa. Rasanya nak balik ke zaman tersebut.. Bulan Ramadhan adalah bulan menambah pahala di mana pintu syurga terbuka luas dan pintu neraka tertutup rapat .Pada masa itu lawan manusia adalah nafsu. Oleh itu kita digalakkan bersedekah untuk menambah pahala,iman dan rezeki. Bersedekahlah dengan nama Allah S.W.T bukan semata untuk menunjuk-nunjuk. Ada orang k...