Skip to main content

Posts

Colour Your Day!!

Tadi belek-belek majalah rapi keluaran April, menarik pula artikel ini..Colour Your Day..Rahsia Tampil Menawan..wah boleh cuba ni..tak de lah rasa boring asyik warna baju yang sama setiap hari.. I snin-Putih Putih melambangkan kesucian rohani.Sucikan hati dan ikhlaskan diri bagi memulakan hari pertama ke tempat kerja setelah bercuti di hujung minggu. Tak perlu mengenakan semua warna putih, mungkin boleh padankan dengan seluar, kasut atau beg tangan dengan warna yang sepadan atau bercorak. Selasa-Merah Jambu Hari yang penuh kasih sayang dan romantis.Jika emosi dan mood kurang stabil,kenakan pakaian bertemakan warna merah jambu.Mungkin dapat membantu menjadikan emosi stabil dan tenang. Saya suka warna ini.. Rabu-Biru Biru sering dikaitkan dengan keberkesanan dalam komunikasi atau perhubungan.Kalau ada mesyuarat atau temujanji dengan insan istimewa sebaiknya kenakan warna biru ya! Khamis-Kuning atau Oren Hari yang penuh keceriaan. Warna yang menyerlahkan aura dan ...

World's Toughest Job

Would you apply for this job? Job Position: Director of Operations Job Requirements: • Standing up almost all the time • Constantly exerting yourself • Working from 135 to unlimited hours per week • Degrees in medicine, finance and culinary arts necessary • No holidays • The work load goes up on Thanksgiving, New Year's and other holidays • No time to sleep • Salary = $0 (Yes, work for FREE) Menitis air mata..tonton video ini hingga tamat..

Sebelum....

Layan je pakaian bundle

Eh..saya tak akan sesekali pakai bekas orang..Ooh ye ke..saya tak kisah pun asalkan cantik, murah..saya akan beli. Lain orang lain ragamnya..ada yang suka pakai pakaian bundle..ada yang tak suka..ikut citarasa masing-masing.. Macam kami layan juga pakaian bundle..tengok juga brand dan kualiti pakaian.Macam en. suami suka beli jeans dan baju T-Shirt..untuk buat basahan..sekarang ni dah pandai menyelam (ayat kaki bundle) cari baju atau seluar yang affordable price..sampaikan boleh jual balik di kedai pakaian bundle.. Kenapa ye kami suka bundle:- Sebabnya tentulah  murah tetapi ada juga yang mahal harganya . Murah sebab ianya datang secara berguni-guni ataupun pukal dan datang dari luar negara. Biasanya jenama bundle ni tiada di pasaran Malaysia.Kalau kita rajin membelek pakaian bundle, kita akan menemui banyak pakaian terpakai yang berjenama. Tapi pastikan teliti dulu dan belek sampai puas hati.. Peminat bundle ni sanggup menghabiskan masa berjam-jam di kedai bundle un...

Terima kasih kawan

Assalamualaikum.. Alhamdulillah aina dah sembuh daripada demam  ..minggu depan aina akan bersekolah macam biasa..itupun dah siap-siap pesan nak bawa bekal (bento) mee goreng, buah kiwi dan strawbery...alahai sayang..mama akan buat.. Terharu bila aina menunjukkan hadiah yang diberikan oleh kawannya auni.Katanya auni doakan kakak cepat sembuh..rindulah auni tu..tak dengar aina menjerit dalam kelas..hehehe (diam..jangan bising!!)..Terima kasih buat auni, azra dan lain-lain ye..(hadiah buku cerita, pen,note.. lupa nak snap). Buat kawan-kawan alam mayaku dan yang mengenaliku, terima kasih kerana mendoakan aina cepat sembuh..Semoga ukhuwah kita terus kekal.. Terima lah sejambak bunga ros untuk kalian semua..

Doa hilangkan sifat malas

Assalamualaikum dan salam jumaat.. Untuk menghilangkan rasa malas ,amalkan  doa ini agar rasa malas boleh diusir.Bacalah doa ini setiap kali selepas solat. Terjemahan: "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada rasa sedih dan dukacita, lemah dan malas, pengecut dan kikir dan terlibat dengan hutang serta dikuasai oleh musuh." (Riwayat a-Bukhari). Lawanlah nafsu syaitan Malas itu ibarat satu virus.Sebelum ia merebak dan membarah, sediakan first aid untuk mencegahnya. Malas sebenarnya berpunca dari syaitan. Syaitan yang melatih nafsu manusia agar menjadi malas sama ada  malas beribadat ataupun memikul tanggung jawab yang diamanahkan. Mulai hari ini, campak alasan jauh-jauh.Motivasilah diri sendiri bahawa kita perlu rajin.Selesaikan satu tugas dan uruskan yang lain pula.  Carilah Ilmu Carilah ilmu dan timbalah ilmu sebanyak yang mungkin. Dengan ilmu seseorang itu akan rajin dan cergas. Allah berfirman:"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar ...

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014

Date : 24 April - 4 Mei 2014 Venue : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur Teruja sangat!Dua (2) minggu lagi  PBAKL akan bermula..dalam kepala ni macam-macam buku nak beli untuk aina dan anis.. Almaklumlah diskaun.. Peminat novel pula, masa ni lah kita boleh berjumpa dengan penulis novel kegemaran  dan dapatkan autograph..Bukan senang nak jumpa. Jom ramai-ramai ke sana mencari buku/novel idaman anda semua :)