Skip to main content

Posts

Reaksi anak makan lemon

Meh lihat reaksi anak-anak kecil apabila diberi peluang merasai lemon. Macam-macam reaksi tak tahulah sama ada diorang ni suka atau pun tidak.. Sedapnya.. Buah apa ni? Tak sedap langsung.. Nak makan ke tak ni.. Masamnya... Saya suka..saya suka Sumber photo:  http://moms.popsugar.com/Babies-Eating-Lemons-Video-34532107

AINA 3 HARI DI WAD

Assalamualaikum semua... 3 hari tak menjenguk blog, 3 hari tak membalas kunjungan dan blogwalking dan 3 hari jugalah aina dimasukkan wad di hospital serdang bermula jumaat yang lepas.  Aina dimasukkan ke wad kanak-kanak petang jumaat lepas selepas 3 hari demamnya tak surut.Selepas mengambil darah dan pemeriksaan x-ray didapati aina mendapat penyakit tonsillopharyngitis  malah lidahnya juga terdapat ulser.  Mama mana tak sedih bila aina mengadu lidahnya sakit dan dia tak ada selera sangat nak makan. Nak menelan pun susah.Makan bubur yang dibuat oleh pihak hospital pun tak nak. Cepat-cepat papanya membeli aiskrim berperisa vanila, takut nanti perut aina kosong. Kesian  sangat tengok aina terpaksa dimasukkan air ke dalam badannya.Suhu badannya tidak menentu.Sekejap tinggi dan normal. Dua hari aina disuntik antibiotik untuk membunuh kuman di dalam badannya. Air kencing diukur dan air putih yang diminum juga diukur.Ya Allah, ujian untuk kami seke...

Bento cantik ..

Tertarik pula hiasan pada bento yang disediakan untuk anak-anak ke sekolah..penuh dengan warna-warni..Bento? Kalau sesiapa yang masih tak tahu..bento adalah istilah bahasa Jepun dan hidangan adalah seperti nasi, sushi,shashimi,tempura dan sebagainya. Di Malaysia, budaya membawa bekal sudah lama dipraktikkan zaman nenek moyang kita lagi. Tetapi di Jepun ianya disediakan dengan cara yang menarik, kreatif dan berkhasiat dan tidak terhad kepada kanak-kanak sekolah, malah turut disediakan bagi golongan perkerja.Kini Bento menjadi tidak asing di kalangan ibu-ibu di Malaysia.. Ini dia Bento .. Bento-Nasi Bento-Pasta Tip penyediaan Bento:- Gabungkan pelbagai warna untuk menarik minat anak  Guna penerap biskut untuk membentuk buah-buah dan sayur-sayuran  Potong makanan kecil-kecil supaya nampak comel Boleh juga disusun dalam bentuk  kartun, buah,haiwan dan lain-lain Makanan disusun padat dan kemas supaya ia tidak bergerak Nasi boleh dibentuk me...

Bila aina demam, mama pun...

Hari ini masuk hari ke dua aina demam dan sudah dua hari azlea tak masuk kerja, ambil cuti mengejut.  Aina dapat cuti sakit pelajar 3 hari. 2 minggu lepas anis yang demam..rupanya nak tumbuh gigi baru, tapi gigi lama tak goyang lagi.Cepat sangat anis tumbuh gigi kekal.  Jumpa Doktor Zul semalam, suhu badan aina tinggi 39 darjah celcius. Terpaksa ambil ubat punggung. Makan pun tak berselera. Sekarang ni macam-macam penyakit dan virus. Demam kalau tak surut 3 hari, kena bawa ke hospital ambil darah. Di sini azlea nak share pengalaman sendiri pada mommies (bapa pun boleh juga) nak bagi suhu badan anak turun semasa demam:- Mandikan anak 3 kali sehari, nak turunkan suhu badan dan bagi badan sejuk. Tapi tak semestinya demam je baru nak mandi 3 kali.. selsema dan batuk pun pastikan mandi 3 kali sehari.Kalau dah teruk sangat demam, mandikan anak dengan ais (setakat ini tak pernah lagi buat). Elak guna pakaian tebal.. pakai pakaian yang nipis dan longgar. Jangan selimutka...

Cantiknya Bunga Ros...

Suka bunga ros  dan pernah terima bunga ros dari seseorang? Pastinya ramai wanita suka apabila menerima bunga dari orang tersayang tidak kira sekuntum, dua kuntum atau sejambak bunga ros. Kata orang bunga ros adalah simbolik cinta.. Di sebalik kecantikan dan pelbagai warna bunga ros ni,  ianya mempunyai maksud yang tersirat. Bunga Ros Hijau (tak pernah jumpa) Menunjukkan kedamaian,kesetiaan dan warna alam semula jadi. Bunga Ros Merah Melambangkan si dia mencintaimu sepenuh hati ataupun cinta sejati yang mendalam. Bunga Ros Merah Jambu Melambangkan kelembutan dan simpati.Kamu adalah cinta pertama si dia dan menjadi rahsia sejak sekian lama.Bermakna kamu adalah insan yang menjadi idamannya. Bunga Ros Kuning Persahabatan,kegembiraan,kelegaan dan kebebasan.Permulaan sesuatu yang baru. Bunga Ros Putih Rasa cinta yang ada pada dirinya adalah cinta sejati dan sesuci bunga ros. Pokok bunga ros kalau ditanam di halaman rumah kita sebagai hiasan me...

Waktu Mustajab menasihati anak

Assalamualaikum.. Anak-anak adalah amanah dari Allah S.W.T dan ia sebahagian ujian dari Allah S.W.T kepada kita hamba-hambanya. Ibu bapa lah yang mencerminkan keperibadian dan masa depan mereka. Di sini azlea kongsikan sembilan waktu mustajab untuk menasihati anak-anak kerana pada waktu ini minda mereka mudah menerima dan mengingati apa sahaja yang dibisikkan kepada mereka:- Sebelum anak masuk tidur Ketika anak sedang tidur (bisik di telinga) Selepas anak bangun tidur Selepas anak mandi Selepas anak solat Selepas anak membaca Al-Quran Selepas anak berdoa Selepas anak beriadah Ketika emosi anak terangsang (contoh selepas dimarahi) Selalunya sebelum tidur azlea akan berbual dengan aina dan anis aktiviti yang dilakukan di sekolahnya dan rumah ibu bapa azlea.. menasihatinya dan berpesan agar menjadi anak yang baik, mendengar kata dan tidak bercakap kasar dengan kawan-kawannya. Dan sebelum mereka melelapkan mata, tak lupa membaca Surah Alfatihah, ayat Kur...

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet