Skip to main content

Posts

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...

Tak penting siapa kita dahulu

Teruskan berhijrah mencari keredhaan Allah

Jamuan makan-makan dibuat awal..

Atas desakan kawan-kawan, hari sabtu yang lepas selepas maghrib, Azlea dan keluarga menjemput kawan-kawan datang ke rumah untuk jamuan makan-makan.  Jamuan makan ini memang tak dirancang dan buat semuanya buat last minute(jam 4.30 p.m baru nak rancang). Dalam kepala memang buat ala kadar je. Sempat pergi kedai beli bahan basah nak masak mee goreng dan goreng nugget sahaja.Itu je yang sempat..Suprise beli kek di Secret Recipe. Dah sampai rumah baru teringat tak beli pinggan kertas dan cawan kertas. Macam mana ni? Kebetulan pula air memang tiada pada hari itu. Hari ahad baru ada air. Guna je pinggan yang ada, kata En. Abang..Jadi, keluarlah semua pinggan dan gelas yang ada. Alhamdulillah menu mee goreng (6 peket mee) siap dimasak dan nugget goreng.Menu air pula, air sunquick dibancuh oleh en.abang..memang sedap. Aina dan anis tukang sibuk..tanya itu..inilah..tak puas hati sebab kenapa masak mee banyak sangat? Tiramisu kek   Ni je mee yang tinggal Kawan-k...

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

Manfaat belajar berenang

Mungkin ramai di antara kita ada yang pandai berenang dan ada juga yang tak pandai berenang. Tahukah anda berenang amat dianjurkan di dalam Islam. Rasulullah SAW bersabda, "Ajarilah anak-anak -anak kamu berkuda,berenang dan memanah (Riwayat Bukhari dan muslim) Berenang memang sukan yang banyak kelebihannya dan sebab itulah Rasullullah menyarankan kita mengajar berenang kepada anak-anak. Melalui pembacaan, ingin dikongsi bersama manfaat berenang yang perlu diketahui:- Baik untuk jantung dan paru-paru .  Berenang membantu meningkatkan kadar denyutan jantung dan aliran darah keseluruh tubuh terutamanya tangan,kaki,jantung,pembuluh darah dan paru-paru kerana pergerakan yang aktif di dalam air. Menghilangkan Tekanan .   Berenang mampu membantu hati lebih tenang dan relaks. Pernafasan .  Amat bagus bagi yang mempunyai asma kerana pernafasan menjadi lebih kuat,sihat dan   panjang. Membakar kalori.  Oleh itu kalau nak turunkan berat badan dengan cepat, ber...

Darjah 6

Kembali kepada Pencipta Alam

Amat tersentuh dengan kata-kata Kapten Nurodin Abd Majid. Beliau merupakan bekas ketua bahagian pesawat 777 semasa berkhidmat di MAS. Apabila ditanya apakah yang berlaku ke atas MH370 ? Jawapan beliau dengan penuh yakin dan tegas "Hilang!  Full Stop..!" "Kita orang yang beriman Allah yang menentukan segala-gala..Dunia ini kepunyaan Pencipta.. Dan apabila ditanya bagaimana cara untuk mencari ? Kuncinya adalah..Doa daripada orang-orang yang soleh yang dekat dengan Allah Subhanallah Taala dan doa ahli keluarga yang bersedih".. Semua yang berlaku dengan izin Allah.Manusia adalah hamba yang serba kekurangan.Berusahalah kita dan berdoalah kepadaNya. Betapa canggih sekalipun ciptaan sains dan teknologi manusia , doa dan mohonlah kepadaNYa adalah kunci segalanya..