Skip to main content

Posts

Dah berpindah milik.....

Laptop kesayanganku yang kini dah berusia hampir 9 tahun.Kini menjadi milik Aina dan Anis.. Wah..seronoknya aina main game. Lepas ni bolehlah ajar cara nak open microsoft word, save and print. Cadangnya sebelum itu nak belikan tab yang murah, tapi bila difikirkan rasa macam membazir..Jadi berikan saja laptop yang banyak berjasa pada kakak dan adik-adik azlea. Dengan laptop inilah diorang buat assignment masa belajar di Universiti..sekarang diorang pun dah bekerja dan berkahwin, maka dikembalikan semula kepada tuan punya laptop ini.. Tak mengapa walaupun azlea tak guna lama pun laptop ni..janji puas dapat tolong adik beradik yang lain kan. Jadi lepas ni Aina dan Anis tak boleh kacau mama lagilah..kalau tak mama nak tengok upin ipin.Padahal tiap-tiap hari tengok upin upin di TV...alahai sayang...

Bodoh atau pandai

Anis tertidur dalam kelas

Hari ni hari ke-3 Anis ke sekolah. Harapnya Anis tak tertidur lagi dalam kelas.Itupun tidur selepas buat kerja yang diberikan oleh cikgu.Alasannya mengantuk..kesian sayang mama..jam 6.00 a.m dah bangun dan bersiap, begitu juga Aina.Tapi Aina dah dilatih dari umur 5 tahun lagi, jadi tak ada masalah..Cikgu biarkan Anis tidur hampir sejam jugalah..janji kerja siap...bukan anis sahaja yang tertidur, ada juga kawan anis tidur sampai habis waktu sekolah...

Sampah lagi..

Sedih sangat dengan segelintir rakyat Malaysia yang suka sangat buang sampah di tempat yang tidak sepatutnya di buang.Lagi dilarang, lagi dibuatnya. Contohnya: Di larang membuang sampah di sini.Tapi di tempatlah itulah mereka nak buang sampah. Yang ni lagi tak bertamadun, dilonggokkan sampah di jalan.Sakit mata melihatnya dan menjijikkan. Sesuka hati nak buang sampah. Kesian pekerja lori sampah sentiasa membersihkan kawasan ini. Pada hal minggu lepas baru dibersihkan, masih lagi di buang di situ... Itulah segelintir sikap rakyat Malaysia, walaupun terkenal dengan sopan santun dan berbudi bahasa tapi masih mempunyai tabiat buruk suka buang sampah merata tempat. Contoh lain, budaya membuang sampah dari luar tingkap kenderaan.Sikap ini boleh membahayakan kepada pengguna jalan raya ataupun pemandu kenderaan yang lain. Apa salahnya sampah atau bekas makanan kita simpan dalam plastik dahulu, baru buang kalau sudah sampai di destinasi yang di tuju.Bukannya susah pun. Ada juga yan...

Ronda-ronda

Aktiviti di petang hari   Aina dan Anis berbasikal bersama papa..

Dah buka akaun...

Alhamdulillah akhirnya selesai juga urusan untuk membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk Anis yang dah lama tertangguh ni.Masa tu kami jalan-jalan ke One Utama, ternampak pula booth PTPTN, jadi apalagi terus isi form, photostat IC di situ, hanya borang untuk pemotongan kebenaran gaji sahaja, en.abang kena dapatkan pengesahan daripada majikan. Pendaftaran hanya serendah RM20.00 sahaja. Untuk Aina, kami dah lama buka SSPN, Anis sahaja belum..Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan kami hari itu.. Apa yang menarik tentang SSPN ni? SSPN merupakan satu instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. Ianya adalah berlandaskan syariah yang menggunakan konsep ' Wakalah Bil Istithmar'. Layak memohon pembiayaan pendidikan PTPTN Deposit bulanan serendah RM20.00 sahaja Pelepasan taksiran cukai ke aras simpanan bersih tahun semasa sehingga RM6,000 setahun Perlindungan Takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpana...

Mulakan dengan Dirimu

Renungan untuk diriku dan semua, marilah kita berubah untuk kebaikan diri sendiri.Mulakanlah dengan perubahan yang positif  dan lakukan dengan sepenuh hati demi Allah dan untuk diri kita sendiri.. Pepatah arab ada mengatakan,berani mengejek itu mudah, berani berhujah itu mudah tetapi tidak ramai orang yang berani melihat kekurangan diri sendiri.Inilah kunci orang yang berjaya.. ~Azlea~