Skip to main content

Posts

~Duhai Wanita~

''Kecantikanmu bukanlah dari pakaian yang dikenakan, susuk yang ditampilkan atau bagaimana kamu menyisir rambutmu. Kecantikanmu harus dilihat dari matamu,kerana itulah pintu hatimu, tempat di mana cinta itu ada.'' Firman Allah SWT khusus buat Wanita ♥ Salam sayang  ♥ ~Azlealee~

Pantasnya Masa Berlalu

Assalamualaikum semua.Rasanya seminggu tak update blogku ini .Maklumlah busy sangat dengan kerja-kerja hakiki,business part time dan macam-macam lagi.  Tapi hari ini nak jugak ceritalah, semalam sebab dah lama sangat tak balik dengan komuter perjalanan mengambil masa selama hampir 3 jam. Keluar office 5.30 pm. sampai rumah jam 8.45 pm.Penat tau.Rasanya drive tak adalah sampai 3 jam. Tak percayakan.Selalunya Azlea balik ngan en. abang, tapi en.abang tak dapat hantar balik sebab kena sambung kerja. Sebelum naik tren sempat jugak singgah Shaklee di Empire Subang  belikan Vitamin untuk customer.Hehehe.. Sampai di KL Sentral, Ya Allah ramainya manusia.Kenapa ni?Lah baru teringat cuti 3 hari sempena Hari Malaysia. Dah lah terlepas tren nak ke Rawang.Tunggu lagi.Nasib baik tak tunggu lama. Dapatlah naik tren nak ke Tanjung Malim.Alhamdulillah, tak bersesak sangat. Tapi adalah 2 orang jejaka tampan ni, nak masuk 'Koc Wanita', Hello tak nampak ke "Ladies Only...

Kenapa Bertangguh?

Assalamualaikum..  Adakah kita ni jenis orang yang suka bertangguh?  Eee  malaslah, esoklah buat kerja ni; Lambat lagi ni..sempat lagi, belum masuk solat lagi; Esoklah telefon emak dan ayah; Tunggu kaya dululah, bolehlah bersedekah; Senang-senang nantilah datang melawat; Nak dietlah eee..tunggulah; Nak jogging pun bertangguh; dan bermacam-macam lagi penangguhan. Pernah tak apabila sampai je di office kita tergesa-gesa untuk menelefon  emak dan ayah kita bertanya khabar dan menyatakan rindunya kepada mereka? Mesti Pernahkan..So sweet... Gambar google Sifat suka bertangguh atau tabiat menunda sesuatu kerja,memang ada dalam diri kita.Apabila kita bertangguh sesuatu kerja, kita akan rasa tertekan kerana masa semakin suntuk dan kerja semakin menimbun. Akibatnya kesihatan juga terganggu.Pastinya kita menjadi orang yang gagal dalam kehidupan,kerjaya,akademik,kesihatan,kewangan,ibadah dan sebagainya. Cara mengatasinya : Buat senarai tugas 'TO DO...

Moga tak tergolong dalam penyakit hati

7 Penyakit Hati: 1. Suka dipuji = SUM'AH 2. Suka berbangga diri = TAKBUR 3. Suka pandang rendah kepada orang lain = SOMBONG 4. Suka puji seseorang di hadapan tetapi kutuk di belakang = MUNAFIQ 5. Suka menunjuk-nunjuk = BERLAGAK 6. Suka sakit hati terhadap nikmat orang lain = BUSUK HATI / DENGKI 7. Suka berfikiran negatif terhadap orang lain = BURUK SANGKA ''Ya Allah, aku berlindung kepada mu, dari kemungkaran,perangai yang buruk dan rezeki yang sempit.Aamin.''

Soundtrack Lagu Tema Drama Ijab dan Qabul ~ Dengarlah Bintang Hatiku

Gandingan mantap Ady Putra dan Nora Danish. Dengarlah bintang hatiku  Aku akan menjagamu  Dalam hidup dan matiku  Hanya kaulah yang ku tuju  Dan teringat janjiku padamu  Suatu  hari  pasti akan tepati  Reff:  Aku akan menjagamu  Semampuku dan sebisaku  Walau ku  tahu  ragamu tak utuh  Ku  terima  kekuranganmu  Dan ku takkan mengeluh  Karena bagiku engkaulah nyawaku  Dengarlah bintang hatiku  Aku akan menjagamu  Dalam hidup dan matiku  Hanya kaulah yang ku tuju  Dan teringat janjiku padamu  Suatu hari pasti akan tepat  Reff:  Aku akan menjagamu  Semampuku dan sebisaku  Walau ku tahu ragamu tak utuh  Ku terima kekuranganmu  Dan ku takkan mengeluh  Karena bagiku engkaulah nyawaku  Aku akan menjagamu  Semampuku d...

The Smurfs 2 in BM

Dah tonton tak movie ni?.  Mesti Aina dan Anis suka cerita ni. Starring : Datuk Aznil Nawawi , Hafizuddin Fadzil, Lisa Surihani,Zizan Razak,Ray ERA,Elfira Loy.

Raya Aidilfitri 2013

Assalamualaikum dan Salam Syawal semua.Sedar tak sedar hari ni dah masuk 6 Syawal.Cepat ye. Macam mane raya uolls tahun ni. mesti meriah kan. Yelah dapat berkumpul ngan adik beradik,jumpa kawan lama,dapat kumpul duit raya bagi yang masih studylah kan.macam Azlea raya tahun ni, kitaorang beraya kat rumah parents Azlea, tak jadi beraya di Terengganu. Sepatutnya tahun ni beraya di sana, tapi husben pulak kena masuk kerja petang.Almaklumlah kerja hospital ni cuti tak menentu.Jadi waktu bersama ngan kami pun sekejap jelah.Alhamdulillah. Kononnya lepas Solat Sunat Hari Raya, kami nak ambil photo family.Anis pulak meragam, buat perangai.Tahun lepas Aina,tahun ni Anis.Jadi tak jadilah ambil photo family.Sempatlah ambil gambar ngan adik beradik yang lain kat rumah mak yang lainnya beraya di rumah belah suami masing-masing.Jadi tak riuh sangatlah rumah mak.Nasib baik ada Aina dan Anis penghibur mak dan abah. Sempat lagi berposing ngan adik dan Aina Raya Pertama. Tahun ni memang tak a...