Skip to main content

Posts

Duit Raya~Simpan Ya

Aina : Mama duit raya kakak dah banyak. Mama:Nanti kita simpan kat bank ye duit kakak tu. Aina:Bank mana Mama.Tabung Haji ke? Mama:Yelah. Aina:Ok.Mama. Seronokkan jadi kanak-kanak. Dapat duit raya.Kumpul duit raya.Tapi yang bezanya duit raya dulu dan sekarang nilainya berbeza.Zaman Azlea dulu,duit raya bila dapat RM1.00 tu paling banyak. Sekarang ni kanak-kanak bila dapat duit raya RM1.00.Diorang akan cakap seringgit je. Tapi yang penting sikit ke banyak ke, duit raya mesti simpan.Macam Aina dan Anis, Azlea dah buka bank Tabung Haji dan SSPN untuk mereka. Memang dah diajar menyimpan duit. Tapi Azlea tak simpan semuanya.Azlea akan tinggalkan sikit contohnya RM5.00 dalam tabung diorang.Bagi Azlea,duit raya anak-anak adalah milik mereka dan sebagai ibubapa kita mesti menjaga amanah ini sebaik yang mungkin. p/s:Banyakke tahun ni adik2 dan anak uolls dapat duit raya?

Keistimewaan puasa 6 di bulan Syawal

Assalamualaikum dan Salam Syawal. Ada yang dah mula berpuasa 6 hari ini? Nabi Saw bersabda "Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian dia berpuasa enam hari dalam bulan Syawal maka itu seperti dia berpuasa sepanjang tahun."(HR Muslim). Para ulama' menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari Manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari dan menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari.Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya. Niat Puasa Sunat Enam: Sahaja aku puasa sunat bulan Syawal kerana Allah Swt Kalau tak mampu nak puasa enam berterusan, kita dibolehkan puasa secara berputus-putus sehinggalah lengkap puasa enam di bulan Syawal. Mana yang mampu puasa berterusan lagilah hebat!.. ...

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Alhamdulillah,tinggal beberapa hari lagi umat Islam seluruh dunia akan meraikan Aidilfitri yang mulia ini. Ini bermakna kita akan meninggalkan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Di kesempatan ini,saya ingin ucapkan ''Selamat Hari Raya Aidilfitri" Maaf Zahir & Batin.Semoga kedatangan Syawal ini diraikan dengan penuh kesyukuran. Girangnya hati tidak terkata Bersama keluarga di hari bahagia Hulurkan salam maaf dipinta Moga bahagia di Hari Raya

Iklan Raya Maxis 2013 Best

Today nak share iklan hari raya Maxis.Cutelah iklan ni.Suka dengan the little boy tu berlakon.Paling best part akhir sekali.Memang benarpun, zaman sekarang ni mana ada budak-budak nak main guli,tutup oren,baling selipar blahh..Lainlah zaman 80an dulu.Ni zaman internet,Wifi,WhatsApp,Wechat .Smart Phone mesti kat tangan 24 jam.Kalau tak bukak internet 1 hari, dunia jadi tak bestkan.. Sape-sape yang belum tonton, boleh tonton kat sini ye..

Kenapa hati kita sering gelisah?

Kenapa hati resah gelisah? Badan rasa sakit dan berat Semuanya jadi tak selesa Buatkan hati rasa sakit Buatkan hati rasa sedih Buatkan hati rasa marah Kenapa hati resah gelisah? Cuba periksa semula amal ibadah kita Kenapa tak amal perkara yang selalu dibuat? Kenapa tinggal-tinggalkan surah Yasin? Kenapa tinggal-tinggalkan bacaan Al-Quran? Kenapa buat-buat lupa solat malam? Jesteru, ALLAH datangkan perasaan itu, agar kita  kembali mengadap Tuhanmu.

Biskut Raya Chenachenis 2013

Cuti 3 hari sempatlah buat 3 jenis biskut.Assistant ku  Aina dan Anis rajin sama menolong dan buat sepah ye jugak.  He..He.. My favorite biscuit, mesti ada dan wajib Tat Nenas, Almond London dan biskut samperit. Huhu.. inilah biskut tat nenas. Inti tat nenas buat sendiri. Kat pasaraya sekarang ni dah ada yang jual inti  yang ready made. Lebih baik buat sendiri. Sempatlah buat 3 adunan. Biskut Tat Nenas  Biskut Almond London Biskut Samperit Kenyanglah Aina dan Anis sara makan biskut tahun ni. Penat sebenarnya buat biskut raya ni. Padanlah dengan harganya. Tapi nak puas hati buat sendiri lagi bagus. Tak pe kalau tak decorate tak cantik. Kalau beli kat luar, nampak cantik tapi bila rasa  tak sedap manapun dan kadang-kadang rasanya lebih kurang sama dengan biskut yg lain. Asal puas hati. Macam biasa last year, biskut Sendirian berhad kecuali kerepek terpaksalah beli. Semoga raye tahun ni meriah..

Salam Nuzul Al-Quran 17 Ramadhan

Syukur Alhamdulillah  pejam celik pejam celik, kini kita berada di pertengahan Ramadhan. Sempena hari ini, hari Jumaat 26 Julai 2013, kita menyambut Nuzul Al-Quran. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran 1434H kepada seluruh umat Islam semua. Bersama-samalah kita menghayati dan mengambil iktibar dari peristiwa Nuzul Al- Quran iaitu  turunnya ayat A l-Qur'an  yang pertama kepada  Nabi Muhammad s.a.w.   pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di  Gua Hira '. Semoga Allah memberkati dan merahmati amalan kita setiap hari..Amin..