Assalamualaikum..
Ini cerita masa cuti Thaipusam baru-baru ini. Kakak dan family telah ke Bukit Fraser. Sejuknya,nyaman dan dingin.
Kami Tak bermalam di sana.Hanya balik hari.Lagipun esoknya kami nak ke Gambang Resort City. Masa akak tulis entry ni, akak dan family dan pun sampai di Gambang.
Berbalik pada cerita Bukit Fraser ni, cuaca pada hari itu mencecah 21 darjah celcius.Sejuk tau. Rasa tak puas pula di sana.
Perjalanan kami mengambil masa 1 jam 1/2 sahaja melalui jalan Kuala Kubu Bharu. Maklumlah jalan tu berliku dan banyak selekoh.Siapa tak tahan mesti muntah. Macam Anis, sampai je Bukit Fraser..Papa..papa anis tak tahan nak muntah ni,kataya.
Bila dah sampai di sana apa lagi haruslah bergambar ye.Kalau tak rugi.Pemandangan memang cantik dan yang penting kami dah pun jejak ke Bukit Fraser.
Tunggu turn ambil picture di Mercu Menara jam.
Bunga ni cantik mama kata Aina.. Cantik lagi anak-anak mama ni.
Pemandangan di Menara jam..Bagaimana nak ambil gambar ni?Tunggu mereka beredar dululah..
Tengok tu Anis..cantik kan bangunan tu..
Penat bergambar perut masing-masing dah berbunyi. Lagipun memang time lunch pun. Kami telah ke restoren Tea House.Makanan pun. Sedap dan harga pun berpatutan.Tak mahal dan murah.Sedang-sedang.
Ada budak tu minta Milo ais..Tak ada minuman sejuk dik.Panas je.hihihi..teringat pula zaman dulu angah minta minuman sejuk di Cameron Highlands..same case..
Sambil makan di Tea House, kita boleh lah menikmati Pemandangan hijau di sini. Baik untuk kesihatan mata tau..ku lihat hijau..
Tadi banyak scone.nanti lah bungkus..eeh dah habis..kakak tu borong semua scone..Tak ada rezeki lah ye..
Lain kali kita makan sini Lee..Lain Kali maksudnya nak ke sini lagi lah tu..Abah oh abah..
Mak pula senyum je.. maknanya tengah fikir pas ni nak ke mana pula.
Sebelum balik.. bergambar lagi..mak ada nun..dalam kereta..lihat gelagat kami suka no bergambar..Macam lah mak tahu perangai anak mak ni..ke mana saja mesti nak bergambar..dari kecil sampai lah tua ni..
Memang hari tu ke Bukit Fraser semata-mata nak bergambar je.Tapi cik abang dah jatuh cinta pula dengan keindahan dan ketenangan di sini. Memang Bukit Fraser tak sepopular tempat lain seperti Cameron Highlands, tetapi untuk merehatkan minda dan mencari ketenangan,jauh dari hiruk pikuk Bandar,kesesakan patut ke sini.
Jadi kami planning untuk bermalam di sini.Nak rasa kesejukan Bukit Fraser di waktu malam pula..
sekian...
sakan berjalan..
ReplyDelete