Skip to main content

MAJLIS AQIQAH DAN CUKUR JAMBUL SYARIF ZULKARNAIN

Bertemakan warna biru..pada 30.10.2016 telah berlangsungnya majlis aqiqah dan cukur jambul anak sulung adik AB di rumah ibu bapa AB iaitu Syarif Zukarnain.

Majlis ini cukup ringkas dan dihadiri oleh sanak saudara dan ahli keluarga yang lain.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Disebabkan temanya warna biru, adik beradik dan anak saudara lain pun kena pakai warna biru. Alahai adikku. Kebetulan baju raya kami tahun 2016 warna biru, jadinya 'No problem'lah..

Seperti biasa ye Katering Adik Beradik..Memasing ada tugasnya..So tak boleh ngelat ye..Seawal 6.00 pagi kami adik beradik berkumpul di rumah mak untuk memasak lauk pauk untuk majlis ini. Anggaran tetamu 70 orang. 

Ketua Chef 'Katering Adik Beradik' ini ialah Marzuki dan dibantu oleh Papa Lee (papa Aina.Anis)

Menu  untuk kenduri pada hari itu ialah nasi minyak, gulai kambing kawah, rendang daging,gulai nangka, ayam goreng berempah,acar timun, sambal udang dan minuman ialah teh o lemon..


Tetamu awal yang hadir..Bersemangat sungguh abah bercerita.Almaklumlah cucu ke 8. Tahun depan bertambah lagi cucu mak dan abah..

Papa Lee : Ki..ayam ni last ye..Ada lagi ke?

majlis Aqiqah dan Cukur Jambul

Menu yang sudah terhidang


Menggoda sambal udang ni..memang tak sempat nak makan.cepat betul laris..


Ini antara gambar yang diambil semasa majlis tersebut. Moga terhibur ye..

Syarif Zukarnain sesedap nama yang diberi oleh mami dan dedinya. Moga Syarif menjadi anak yang soleh,baik budi pekerti dan berjaya di dunia dan akhirat.

Comments

  1. Besar jugak majlis cukur jambul.
    Kalau dekat saya pergi.

    From:
    http:biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. wahhhh chef nyer semua lelaki yaaa ;-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet