Skip to main content

MENGENAL SEJARAH:MUZIUM NEGARA

Kali terakhir ,saya melawat Muzium Negara semasa sekolah rendah.Lamanya tak ke sana. Bila dah berkahwin, anak-anak pun dah bersekolah rasanya mereka perlu melawat Muzium Negara.

Muzium Negara merupakan tempat menarik di Malaysia dan yang belum melawat bawalah anak-anak dan keluarga ke sana semasa musim cuti sekolah nanti.

Anak-anak pasti suka dan teruja kerana banyak khazanah,artifak sejarah,cerita dan rujukan yang boleh dipelajari.

Pada 4.9.2016, AB dan suami telah membawa Aina dan Anis ke Muzium Negara.Seronok mereka berdua kerana ini lah pertama kali ke sana.

Apa yang menarik di Muzium Negara

Muzium Negara terbahagi kepada 4 seksyen iaitu:
Galeri A: Sejarah Awal
Galeri B: Kerajaan-Kerajaan Melayu
Galeri C:Era Colonial
Galeri D: Malaysia kini

Antara-antara gambar yang sempat diambil mengikut seksyen.Setiap galeri menyimpan kisah-kisah menarik.

Galeri A: Sejarah Awal.

Galeri yang menyimpan bukti-bukti tinggalan artifak budaya Masyarakat awal di Malaysia.Masyarakat pada zaman dulu menjalani kehidupan dengan berburu dan mendiami kawasan tebing sungai,gua.

Selain memaparkan artifak dari zaman logam,gangsa,besi sehinggalah penemuan artifak peninggalan Hindu-Budha di Lembah Bujang.

Begitu juga kehidupan pra sejarah dahulu yang menyimpan mayat di dalam pasu dan keranda kayu balak. Bayangkanlah bagaimana lah mereka boleh memasukkan mayat di dalam pasu.

Artifak
Artifak peninggalan  Sejarah Awal

Orang Zaman Pra Sejarah

Galeri B: Kerajaan-Kerajaan Melayu

Galeri yang mempamerkan bukti-bukti sejarah mengenai kemunculan Kerajaan-Kerajaan Melayu di seluruh Nusantara khususnya di Tanah Melayu dan Borneo.

Di sini terdapat mural Hang Tuah,senjata tradisional Melayu seperti keris, singgahsana,pakaian Baba dan Nyonya,Pengislaman Raja Melaka.


Kapal perang Belanda,Lanchang Kuning


Kain Cindai


Bunga Emas
Ufti yang dihantar setiap 3 tahun boleh Raja-Raja Melayu Negeri Utara Semenanjung Malaysia (Kedah,Kelantan,Terengganu) kepada Raja Siam sebagai lambang persahabatan.


Galeri C : Era Kolonial

Memaparkan Sejarah negeri Melayu,Sabah,Sarawak di bawah pengaruh kuasa asing bermula pada tahun 1511 menerusi pencerobohan Portuguese ke atas Kota Melaka,kemudian Belanda seterusnya pengaruh British dan Jepun.



Muzium Negara
Meja Perjanjian Pangkor

Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada 1824,Inggeris telah dibenarkan campur dalam urusan pentadbiran Melayu.


Basikal Tentera Jepun yang digunakan tahun 1941


Wang Kertas

Galeri D : Malaysia Kini

31 Ogos 1957 menjadi paling bersejarah setelah sekian lama berjuang untuk mendapatkan kebebasan dan kemerdekaan.Malaysia hari ini terus mengalami pembangunan ekonomi yang amat membanggakan di samping keharmonian masyarakat dan kaum agar terus dipelihara.


Jata Negara
Lambang Malaysia ataupun identiti negara

Bunga raya bunga kebangsaan Malaysia

Tak sedar kami berada di dalam Muzium Negara hampir 2 jam..Anis and Aina pun dah bising.Lapar..So kitorang pun menuju ke Cafe..Murah dan Tak lah mahal sangat..

Berkenaan dengan bayaran..RM2.00 untuk dewasa dan kanak-kanak free..Tiket memang murah.


Next Entry: Muzium Orang Asli
Next Entry: Muzium Etnologi Dunia Melayu








Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...