Skip to main content

MAJLIS JAMUAN MASUK RUMAH BARU

Alhamdulillah pada 8.11.2015; 11.30a.m berlangsungnya majlis bacaan yassin sempena masuk rumah baru di kediaman kami. Syukur Ya Allah di mudahkan urusan kami dan lancarkan majlis ini.

Terima kasih yang tak terhingga buat abah yang mengetuai majlis ini. Buat mak yang sentiasa mendoakan kebahagiaan kami sekeluarga. Sayang mak dan abah.

Terima kasih buat kakak (Along) yang menaja Sup Ketam,Rendang Ayam dan Tumis Lala pada hari tersebut. Begitu juga adik,kakak,abang ipar,adik ipar serta kenalan rapat yang menghadiri majlis ini..

Menu pada hari tersebut..Nasi Putih, Ayam Goreng Madu, Kari Ikan Ternggiri,Sambal Telur Puyoh, Sambal Tempoyak, Ulam-ulaman,sambal belacan,sup ketam,rendang ayam dam Tumis Lala. 

Pemanis mulut tembikai dan Fruit Tart. Memang meriah menu..Cukup..

Seawal 6.00pagi selesai solat subuh AB sudah pun bertungkus lumus ke dapur memasak untuk tetamu-tetamu yang akan hadir. Alhamdulillah setakat 30-40 orang tetamu boleh lah lagi memasak tanpa bantuan assistant. Oh ye assistant AB tidur lagi.. Jam 7.30 Anis ke dapur.."Mama kenapa tak kejutkan Anis..Anis kan nak tolong mama masak." Mama lupa nak kejutkan Anis lah..Tak pelah Anis tolong papa lah..Eeh..merajuk pula dia..

Rumah Baru

Menu yang terhidang di atas meja. Dah memang keturunan minang, tempoyak udang menu wajib. Sehari sebelum majlis Mak tanya AB " Pandai kawu masak tempoyak udang? Pandailah anak mak kan..

Rumah Baru

Antara gambar yang sempat di ambil..Kenapalah tak snap gambar abah dan tok anuar. Tok Anuar request kambing golek pula.

InsyaAllah kami buat untuk jiran-jiran, rakan taulan dan saudara mara yang lain..Yang ini kena pasang khemah dan bajet lebih lagi..Semoga di permudahkan..

Sekian terima kasih..

Comments

  1. makan jamuan kat sini sambil singgah dan follow...yiieehaaa...

    ReplyDelete
  2. Alololooo comel je Anis jee. Ohhh pindah rumah baru, patut la. Banyak kakk laukkk tuuuu.

    ReplyDelete
  3. Assalam tuan / puan .sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..seperti mnyambung rumah.plaster siling,pasang tile,buat porch,wayaring,plumbing,pagar dan autogate,vinyl floor,wallpaper,waterprofing,grill,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,bndr sri putra,sepang,nilai,cheras,puchong,semenyi dan kuala lumpur.hubungi sy d no 0192945175 atau wssp sy d no 01129110298

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet