Lama juga AB mencari glass sticker yang sesuai untuk tingkap dapur.Entah macam mana tercetus idea nak pasang separuh saja glass sticker. Tak nak pasang keseluruhan tingkap.Lagipun AB dah pasang bidai tingkap .
Carilah di DIY.Tapi banyak yang jenis gam dan tak ada yang berkenaan dihati.
Pencarian diteruskan. Wow tak perasan selama ini banyak glass sticker ada di jual di Home Pro (Malaysia). Yess..Bermacam-macam corak dan warna..
Dah dapat pun. Pilih yang mudah tanggal iaitu CTS Sicker Meiwa yang berharga RM29.90 semeter. Mahal ke? Kalau ikut harga mahal lah kan..Tapi memang cantik dan puas hati.
Nanti tak delah jiran belakang dan orang nak sekodeng kita dari luar. Oh tak baik kan..Bersangka baiklah kita dengan orang. Lagipun kedudukan rumah AB rendah dan rumah belakang berkedudukan tinggi..Jiran belakang rumah boleh nampak apa kita buat di dapur if tarik bidai ke atas. Tetapi kami juga boleh nampak dapur jiran rumah belakang if diorang tarik bidai ke atas . Sama-sama nampak.
Sebenarnya boleh saje kita tarik bidai sampai ke bawah dan tutup, tapi blind dah tersangkut dengan paip singki..Itulah sebab AB nak pasang clear glass sticker itupun separuh.
Gambar di bawah diambil pada waktu malam dan glass sticker sebenarnya warna biru..Dalam gambar tak nampak warna birunya..
Cara pasang tersangatlah mudah.
1. Besihkan tingkap dulu
2. Ukur panjang dan lebar tingkap
3. Ukur glass sticker. Potong
4. Sembur dengan cecair sabun..Air biasa pun boleh.. kata promoter lah..
5.Lekatkan clear glass sticker
6. Urut dengan kain untuk singkirkan cecair sabun hingga tiada
gelembung udara
7. Selesai..
Sekian dan selamat berhujung minggu.
boleh tahan jg ya harganya
ReplyDeleteRumah teres ye kak.? Eiqa pernah tidur rumah kawan, kadang2x seram jugak ble jiran yg kat belakang tu boleh nampak apa kte buat kat dapur. Paling eiqa takut malam. Hahhaa Kang tetibaa kangg hahhh
ReplyDeleteYe eiqa rumah teres.
ReplyDeleteehe elok pasang benda ni.. dlu makcik guna kertas je tapi buruk la nampak kan.. lepas tu dia pasang gak ni.. senang. orang pun x nampak..
ReplyDelete