Inilah aktiviti kami anak beranak beberapa minggu yang lepas. Yesss dapat main badminton di dewan. Aktiviti riadah mengeluarkan peluh.Kalau tak pun kami berjogging di taman permainan ataupun berbasikal dengan aina dan anis. Memang nekad tahun ini kami berdua ingin jadikan aktiviti badminton sebagai aktiviti riadah yang wajib. Dapat seminggu sekali pun jadilah. kalau dapat tiap-tiap hari lagi bagus..hehehe..
Seronok sangat main badminton dengan anak-anak ni. Bayangkanlah bermain bersama anak-anak kecil, memang kecoh terutama tengok gelagat anis pukul bola tangkis.
Sebelum ini, kami bermain badminton di halaman rumah opah dan tok dad aina dan anis. Ini sebagai permulaan. Renggangkan otot-otot yang dah ketat. Selepas bermain, memang sakit seluruh badan. Sekarang alhamdulillah, rasa sakit pun sudah tiada..main badminton pun dah seronok.Badan rasa ringan, sihat,bermotivasi, fikiran yang lapang dan rasa gembira.
Entri lepas AB ada ceritakan berkenaan kami tak dapat bermain badminton di dewan. Baca link Frust tak dapat main badminton.
So.....entri ini AB belanja uolls gambar yang sempat di ambil ketika bermain di dewan. Badminton Court ini, suami AB booking untuk kami selama 1 jam-RM10.00.Mahal ke? Redho je lah.Booking terus dari En.Nizam yang menjaga dewan ini. Selalunya court ini penuh dan telah di booking awal,terutama malam minggu. Kalau tak dapat main di court, luar court pun ok juga.Jimat duit kan..

Sambil tunggu papa aina dan anis pasang jaring badminton, kitorang sakan bergambar..Bukan nye nak tolong..
Aisshhh..gambar blur pula..
Bergayanya..nak main ke tak nak ni..
Ok..go anis standby..pukul..
Mana bola??
Bagi peluang aina dan anis pula..asyik mama dan papa je..
Ini sahaja beberapa keping gambar untuk tatapan semua..
Semoga terhibur..
bonding time ni :) waktu beharga dengan anak anak
ReplyDeleteSetuju anies..
Deletemurah juga harga tu..kat sini sejam kalu x silap RM15
ReplyDeleteYe ke..
DeleteWahh seronoknya. Waktu sekeluarga yg berharga dan menyihatkan.. :)
ReplyDelete