Skip to main content

Eeeh..Mama..anak kucinglah..

Inilah anak kucing baru Aina dan Anis. Semalam, sampai di rumah terdengar anak kucing mengiau.."Eeeh..mama..anak kucinglah.Jerit anis.Comelnya.Anak kucing ni menyorok di bawah almari kasut di luar rumah. Malam tu juga AB dan suami ke kedai acheh mencari kotak. Nak juga tahu ibu kucing ni..Ooh kucing bunting yang selalu datang ke rumah meminta makan.


Anak kucing

Ibu kucing ini bukanlah kucing peliharaan kami.Kucing yang selalu datang ke rumah meminta makan ataupun dikenali kucing terbiar. Kesian pula kucing ni dah lah bunting.Bila time lunch, ibu kucing ini akan datang tercegat depan pintu rumah meminta makan.Kekadang tu bukan seekor, 3 ekor sekali datang bawa kucing yang lain. Macam-macam warna kucing yang datang, putih,hitam dan kuning. 

Selalunya kami bagi makanan lebihan lauk  ataupun bagi ikan goreng campur nasi. Orang kata kucing ni tahu manusia yang baik ataupun kedekut untuk meminta makan dan tempat berlindung. Anggaplah sedekah dan rezeki kucing bila kucing datang ke rumah meminta makan. Selalu pesan pada anak-anak, jika berbuat baik pada kucing ataupun binatang lain, mereka (binatang) akan doakan yang baik untuk kita dan rezeki akan murah.

Emm..tak tahulah sampai bila kucing berlindung di sini. Tahun lepas ada juga kucing datang dan beranak di rumah kami. Sekejap je..kemudian anak kucing hilang. Mungkin ibunya membawa lari anaknya dan cari tempat perlindungan lain ataupun di makan kucing jantan.





Comments

  1. kena jg elok2 tu. tkt ada yg geram disambarnya bw pegi..

    ReplyDelete
  2. Weeeee... comelnya. Geramnya saya tengok kucen.. :D :D

    ReplyDelete
  3. Kat rumah saya pun ada kucing terbiar. Time makan memg dah ada dpn pintu. Hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet