Skip to main content

Selamat Hari lahir mak dan fiera ♫

ALLAH SELAMATKAN KAMU 
ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN MAK
ALLAH SELAMATKAN MAK

Hari ini genap usia mak yang ke 67 tahun.Selamat hari lahir buat mak tercinta Puan Hajjah Kalsom. Jasa mak yang melahirkan kami,mendidik,membesarkan kami 6 beradik tidak kami lupakan hingga akhir hayat.

Buat mak yang abah panggil 'cun', kami doakan mak panjang umur,dikurniakan kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki,sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah.Moga kebahagiaan dan keceriaan menjadi milik mak. Maafkan kami jika ada salah dan kesilapan kami yang kadang-kadang buat mak susah hati. Mak pernah berkata kepada kami walaupun kami dah kahwin dan mempunyai anak, kami 6 beradik tetap anak kecil dimata mak..

Sayang mak...

Buat fiera, anak saudaraku yang berkongsi hari lahir yang sama dengan opah..
Mama,papa, kakak aina dan anis ucapkan 
"Selamat Hari Lahir..Fiera..
 Moga fiera menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia dan akhirat..



Comments

  1. selamat hari lahir buat kedua2nya yer...

    ReplyDelete
  2. Selamat ulang tahun! :)
    Semoga kedua2 sihat dan diberkati Allah swt

    ReplyDelete
  3. Selamat hari lahir buat keduanya... semoga sentiasa sihat & diberkati kehidupan di dunia & akhirat... aamiin. :)

    ReplyDelete
  4. Selamat hari lahir untuk kedua2nya ya lea... Semoga panjang umur murah rezeki dan sentiasa dlm lindungan Allah SWT ..AAMIN..AAAMIN AAAMIN..

    ReplyDelete
  5. Selamat hari lahir mak cun dan fiera :) moga berjaya dunia akhirat

    ReplyDelete
  6. Selamat hari lahir buat mak akak. Mak Cun. ^_^

    ReplyDelete
  7. HAPPY BELATED BIRTHDAY 4 BOTH OF YOU...MAY ALLAH BLESS YOU...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet