Skip to main content

Majlis Pertunangan adik

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Aku dah mula hilang mood berblog. Nak online pun malas.Ini boleh dikatakan kemalasan tahap (gaban). Mungkin disebabkan banyak sangat peristiwa yang menimpa keluarga ku di bulan oktober ini dan kekangan masa dan kerja yang banyak akhir-akhir ini. 

Kira tragedi oktober lah ni (ada ke patut).Mak sakit sebelum hari raya Aidil Adha kemudian masuk wad seminggu sebelum majlis pertunangan adik bongsu ku pada 1 Muharam 1436H. Alhamdulillah majlis pertunanganya berjalan seperti yang dirancang. 

Majlis pertunangan adik pun kami adik beradik yang siapkan.Tiada catering, semuanya buat sendiri. Sampaikan mak hiba melihat kami adik beradik memasak hidangan untuk tetamu yang akan datang. 

Aku belanja uolls gambar sekitar majlis pertunangan:-

Majlis bertunang
budak paling rajin cuci pinggan..siapa lagi anis ku sayang..
Pertunangan adik
kawan-kawan abah yang datang.Majlis belum bermula..
Terselit gambar aina.air yang pak ngah buat sedap katanya..
Pertunangan adik
Aku, adik dan anis.

Ini saja gambar yang dapat aku kongsikan di sini. Moga selepas ini aku dapat berblog seperti biasa dan penyakit kemalasan ini hilang. Dalam malas-malas pun sempat juga aku berblogwalking mengunjungi kawan-kawan semua.Itu pun mana yang sempat.

Comments

  1. tak apa take your time... take care ok?

    ReplyDelete
  2. semoga Mak akak cepat sihat ye..tahniah for your sis n family :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. tahniah. Meriah. Semoga mak AB cepat sembuh ye... aamiin.

    ReplyDelete
  4. comel anis pakai tudung. moga november lebih baik :)
    saya pun kadang mood bw kelaut jugak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet