Skip to main content

Bila tiada internet?

Masih ingat tak lagi disaat Internet tidak wujud

Tiada facebook,blog,instagram ataupun social media lain

Tiada Smartphone
Tiada Tablet
Tiada komputer
Tiada gajet lain

Kita mengisi masa lapang kita dengan cara lain untuk menghiburkan hati dengan permainan zaman kanak-kanak:

Keting Ting
Batu Seremban
Baling selipar
congkak
Main pondok-pondok
Main masak-masak
Galah panjang
Main bola rounders
rebut tiang
layang-layang
main guli
zero point
gasing
tudung botol
pepsi cola
dan macam-macam permainan 
lagi 

Kita dapat bermain dengan gembira dan seronok.Memang tersangat nostalgia dapat bermain dengan kawan-kawan setiap hari. Tersangat jauh bezanya dengan kanak-kanak hari ini yang membesar dalam persekitaran moden dan kepesatan teknologi. Ruginya...

Keting ting
Keting ting 















Comments

  1. mmg rasa rugi kan...kesian mereka....teknologi menjadikan mereka bertambah malas n banyak membazirkan masa...tambah la ruginya...nanti x ada kenangan menarik nak diceritakan...

    menabung proton iriz kt sini :)

    ReplyDelete
  2. Kan kan...jadi budak zaman skrg rugi.. Huhu..byk abiskan mase depan game takpun laman sosial.

    ReplyDelete
  3. i miss my childhood memories....

    ReplyDelete
  4. betul kan..nostalgia sangat.. rindu saat tue..=D

    ReplyDelete
  5. Bestkan AB..l love my childhood life...simple but amazing..

    ReplyDelete
  6. Mmg best.. zaman kecik2 hp pun tak ada.. ok je pegi mana2.. :D

    ReplyDelete
  7. nak buat cmane, kalau ibu bapa sendiri suakan gadget kat anak-anak bila nak diorang senyap..huhu

    ReplyDelete
  8. Zaman telah berubah...keadaan tidak akan sama spt dulu lagi. Setiap zaman pasti ada kenangannya yg tersendiri. Agak2 zaman batu dulu apalah permainan mereka...ye? :)

    ReplyDelete
  9. Rindunya zaman kanak2 dulu. Dulu selamat je anak2 bebas berlari. Sekarang tidak lagi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet