Skip to main content

Bila Nak Tambah Anak Ni?

Lumrah hidup, manusia tidak pernah berhenti bertanya soalan yang sama.Tanpa memikirkan perasaan orang lain.Mungkin terlampau prihatin.

Sebelum berkahwin."Eeh..kau ni bila nak kahwin, tak kan nak hidup membujang.Kena mandi bunga ni."

Alhamdulillah, bila sudah berumah tangga dan mempunyai anak. 
"Tak nak tambah lagi ke.Mana cukup. Sikit je anak ko.Nanti rugi dan menyesal bila dah tua." Sesuka hati dan sesedap mulut berkata.

(Dah tua pun..anak ramai sekalipun akan tinggal berdua je..hehehe)





Bagi aku kualiti itu penting dari kuantiti. Anak adalah amanah Allah. Kita yang menentukan dan mencorakkan masa depan anak. Ya..rezeki  ada pada setiap anak. Rezeki tak kan bergolek kalau banyak anak sekali pun. Kita kena berusaha. Yakinlah rezeki itu datangnya dalam pelbagai bentuk ,bukan hanya anak, rezeki kesihatan baik, hidup tenang,kaya raya dan macam-macam lagi..


Yang pastinya jawapan itu ada pada Yang Maha Esa. Kita hanya merancang.Dia yang menentukan yang terbaik untuk kita.Tak perlu lah di tanya soalan yang sama berulang kali.Banyak lagi topik yang boleh ditanya kan..Tu kan soalan yang sensitif..Jagalah hati dan perasaan orang lain.

p/s: Alhamdulillah bahagia dan bersyukur dengan apa yang ada. Pada yang suka bertanya, insyaAllah doa2 kan lah yer..





Comments

  1. org da x de modal nk tanya...tu je laa soklan nyer...sy pn x terkecuali...

    ReplyDelete
  2. saya dah lali dgn soalan bila nak kahwin . maklumlah dah terlajak umur ...

    ReplyDelete
  3. biasalah manusia, suka tul tanya soalan-soalan tanpa memikirkan perasaan orang

    ReplyDelete
  4. biasa la mulut org...kdg2 mungkin saja2 cari modal nk cakap...apa2 pun sunsilk tu azlealee

    ReplyDelete
  5. Tidak sepedih saya yg asyik ditanya, bila nak dapat anak.. :(

    ReplyDelete
  6. Biasalah kak tipikal malay. Setuju dgn akak, kualiti lebih penting dari kuantiti. Anak ni amanah yang perlu kita bawa dalam usaha mengejar syurgaNya

    ReplyDelete
  7. Betul..kualiti lagi penting dari kuantiti.
    Singgah dari Lepak_Sabtu By Budak. Selamat berkenalan.

    http://acikwatie.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Kadang rasa nak lempang je mulut orang camtu. Sekalipun dalam nada bergurau, tak menjaga hati org langsung. Soklan sensitif kot. Huhu

    ReplyDelete
  9. Org ni kdg2 klu bertanya.. main tanya je. Tak terfikir ttg sensitiviti sesetengah org tu terutama klu yg belum kawin.. bila nak kawin? Yg dah kawin tp belum dpt anak... bila nak dpt anak?
    Mmg akan tersentuh perasaan org yg kena tanya tu.. apa nak jawab... wallahualam...

    ReplyDelete
  10. Yer la kan.. soklan2 mcm tue mcm xdak ending.. sabar jer la.. =D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet