Skip to main content

The Liebster Award

Terima kasih  budak sudi tag akak . Untuk tidak menghampakan budak akak jawab soalan- soalannya dari hati yang ikhlas:-


 http://rainfallasleep.blogspot.com/2014/09/the-liebster-award-by-budak.html

1. Pasukan bola sepak pilihan anda.
Terengganu,Liverpool

2. Lagu patriotik kesukaan anda.
Saya Anak Malaysia-Dr Sam. 
Masa sekolah rendah nyanyi lagu ni masa senam aerobik.

3. Berikan nama negeri yang anda sedang duduki dan berapa buah daerah yang terdapat di dalam negeri tersebut.
Selangor dan 9 buah daerah.

4. Asam pedas berasal dari negeri mana? 
Melaka. Memang sedap.

5. Dalam banyak-banyak pantun, pantun apa yang paling anda sukai?
Pantun seloka

6. Kalau celup stoking putih dalam air yang berwarna merah, stoking jadi apa?
Mestilah stoking basah.

7. Apa yang anda faham tentang "buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan".
kenapa cempedak tu mesti diluar pagar kan..orang yang jolokkan mesti pendek kot..

8. Dalam banyak-banyak negara, negara mana yang mempunyai banyak artis KPOP?
Korea.

9. Siapakah yang mencipta blogger.com?
Yang ni tak tahu..tak habis kaji lagi..

10. Pertahankan blog anda dengan mengatakan bahawa blog anda sangat best dan sebab kenapa ia dianggap best.
Sangat best dan unik.Sebab mana ada nama orang chenachenis.blog yang simple, kemas,teratur dan tak serabut sangat.Sesuai dibaca diperingkat umur dan ada info yg nak disampaikan.

11. Apa perasaan anda semasa menjawab soalan-soalan diatas?
Terharu sangat..sob..sob..

SOALAN TAMBAHAN :

12. Berikan sebarang komen tentang budak yang memberikan soalan diatas.
Mesti budak yang comel. 

13. Adakah anda menggunakan google.com untuk menjawab soalan diatas?
jawab je..

Ok..selesai..Moga budak puas hati ye..

Comments

  1. mekaseh kak jawab. sy pon fan liverpool. yey kita geng :)
    terharu sebab akak sudi jawab. sangat puas hati kak. :)

    ReplyDelete
  2. Ehehehe..demam liebster award mai lagi. :D hihi. Akak duduk selangor eh? Same la kita kak.

    ReplyDelete
  3. Peminat Liverpool rupanya.. :) :)

    ReplyDelete
  4. Tak kusangka...peminat Liverpool rupanya... :)

    ReplyDelete
  5. wahhh sama la kitaaaa!!! YNWA! sik baik mng pg td ;-)

    ReplyDelete
  6. Asam pedas Melaka tu memang famouskan AB..kita suka rasa dia..lain daripada tempat ,lain...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet