Skip to main content

Jammed sampai INSAF

Assalamualaikum...

Semalam, en.abang ambil lewat jugalah aku..Entah macam mane tiba-tiba tergerak hati ikut jalan ke KL..Selalunya kami akan ikut highway je..

Mula-mula tu tak lah sesak..tiba di pantai dalam dah start jammed sampai ke bangsar..Haihh..Aku apa lagi say sorry..manalah aku tahu jammed teruk sangat..Mula lah kami buat andaian, accident kot,kereta mati tengah jalan kot,hujan mungkin tak lah,banjir kat depan tu (hahaha)...

Kalau memang jalan ini jammed setiap hari cam mane lah orang KL boleh hadap jammed tiap-tiap hari..Memang penyabar sungguh orang Malaysia..Kami jarang bawa kereta ke office, selalunya pergi office guna motosikal je..cepat..tapi risiko memang tinggi..Bayangkan berulang-alik dari rumah ke office mengambil masa selama 1 1/2 jam..Itu moto..Kalau kereta 2 jam lebih..

Dalam kereta macam-macam yang kami bualkan.Dari hal anak-anak, office sampailah ke hal semasa..Nampak billboard MH370..Mana lah agaknya MH370 ni ye?

Perut dah berkeroncong..apa lagi..singgah INSAF KL..our faveret restoren dari dulu lagi.Alhamdulillah restorn tak tutup lagi..sedap..order nasi beriyani ayam masala..

KL, KL dari dulu hingga kini tetap jammed..ni nak balik ke rumah susur jalan ke kepong pun jammed lagi..Kami ambil keputusan ikut jalan susur ke Taman Tun Dr. Ismail yang nak ke SKVE dan tol jalan Duta turun ke Selayang,Sungai Tua then sampailah di rumah..Alhamdulillah..lega..Rupa-rupanya ada kerja-kerja baiki jalan..Kenapalah buat time sekarang?..buatlah hari sabtu ke..


Comments

  1. Klu tersangkun jem mcm tu mmglah letih sgt2... tak tertahan rasanya.. mmg insaf. Fobia huhu... sabar jelah, perkara dah nak jadi kan... :)

    ReplyDelete
  2. sebab tu saya suka moto.. kalau jem tak de la lambat sangat.. hehe..

    anda ditag.. :)
    http://pening-pala.blogspot.com/2014/08/segmen-nostalgia-aidilfitri-2014-by.html

    ReplyDelete
  3. Hehe ingatkan insaf tu apa rupanya nama restoran. Tak pernah lalu sesak kl. ;)

    ReplyDelete
  4. Yup KL & jem tak boleh dipisahkan..Nway kita suka makan beriani INSAF..Plus Honey chicken...

    ReplyDelete
  5. singgah BW n menabung sini.. :)

    ReplyDelete
  6. dulu sempat dok kejap kat KL.. mmg stress memanjang sebab kena hadap jammed.. huhuhu.. tapi nasib baik la sekejap jer kat sana then dapat tukar balik tempat sendiri.. =D

    ReplyDelete
  7. ermmm banyakkan besabar la ya kan kak kalau duduk kl

    ReplyDelete
  8. haha.. sbb tu org keyL ramai kena darah tinggi... stress atas highway...

    ReplyDelete
  9. penduduk bertambah means kenderaan persendirian pn meningkat. public transport x semuanya efisien... tp kalu kl nyer jammed compared dgn indon...rs nyer boleh surrender

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet