Skip to main content

Cantiknya Jubah Dress..

Assalamualaikum..

Perasan tak sekarang ni trend pakai jubah moden ataupun jubah dress.Di FB,web atau Instagram pun banyak jubah dress yang cantik,sopan dan kemas.

Kebetulan pula memang mencari jubah dress untuk menghadiri kenduri kahwin kawan bulan September ini..Jadi teringin pulak nak pakai jubah dress pula..Sebelum itu adalah usha jubah dress yang lain tapi rasa macam tak sesuai..Macam artis lah pula nanti..

Bila tengok jubah dress ini memang sesuai sangat lah..Simple and Yet Elegant..Suka,suka, harga pun boleh tahan.Sesuai juga untuk ke office,open house,function dan BF friendly.

Jubah Moden

Rana Fitrina

Jubah Moden

Rana Signoria

Cantikkan..uolls boleh tengok kat link ni ye..Rana AswadMacam-macam design ada..


Banyak lagi jubah moden yang cantik di pasaran sekarang.Rambang mata nak pilih.Yang murah dan mahal pun ada.Ikut kemampuan masing-masing.Janji menutup aurat, sopan dan kemas..

Emmm..nanti beli jubah dress mesti si comel anis nak jugak..Mesti anis cakap cantiknya mama..Untuk anis ada..Hari tu pun jubah yang tak ada cutting aku pakai pun dia kata cantik..Mungkin dia tengok aku pakai cantik kot..Terperasan lebih lak pulak..hehehe..Kena usha jubah mak dan anak pulak lepas ni..


 


Comments

  1. Menarik dan simple jer jubah nih..ermm sekarang nih macam2 boleh dibeli hanya dihujung jari..

    ReplyDelete
  2. mama pun carik jugak dress yg mcm ni...

    ReplyDelete
  3. huhu.. kena spare beli utk anak satu..

    ReplyDelete
  4. Bella ammara ada wat grand opening kt butik keduanya @ shah alam sek 7 on 30.8 ni...jom pakat2 mai...sy akn trn jg

    ReplyDelete
  5. cantiknya. sekarang memang tengah musim dia. banyak pilihan pulak tu.

    sis, saya tag sis untuk segmen ni tau,
    http://rainfallasleep.blogspot.com/2014/08/giveaway-saya-nak-poskad-dari-moscow.html

    ReplyDelete
  6. haah kak..sekarang mmg trend..cantik je kan pakai jubah..mcm2 design...sekarang senang la nak cari..on9 belambak kan...

    ReplyDelete
  7. farah pun lebih selesa ber-jubah dress sekarang..hehehe

    ReplyDelete
  8. Tapi kan kak kalau nak lebih puas hati, beli kain yg best kualiti terbaik utk hakak ngan Anis pastu suruh org jahit dress kembang payung gitu. Lawa. Pastu tangan ropol2 macam pattern Rana Signoria. ^_^ cadangkan je. Hehe.

    ReplyDelete
  9. Memang nampak elegan sangat tu.. nak menjinak2kan diri juga la.. :)

    ReplyDelete
  10. macam nak beli satu je..hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet