Skip to main content

Anis buat hal di pagi raya

Assalamualaikum..

Alhamdulillah baru hari ni dapat menjenguk blog.Bila cuti hari raya blog ni pun sama bercuti.

Raya tahun ni kami sekeluarga beraya di Terengganu.Beraya rumah my MIL and FIL..Aina dan Anis lah yang paling seronok.Sebab dapat berjumpa dengan tok ki dan tok serta sepupu sebelah papanya..

Seronok tahun ni, semua adik beradik sebelah suami ada.Meriah sangat rumah my mil dan fil.Almaklumlah orang kuala lumpur balik (kami lah tu)..

Dalam seronok-seronok pun..Anis buat hal di pagi raya..Tak nak bergambar dan mood tak baik..Semuanya serba tak kena.Tak nak beraya.Stress woo dengan perangai anis ni..

Tapi time nak dapat duit raya..tak pulak dia menangis..anak oo anak..So tak de sangatlah kami bergambar 4 beranak di pagi raya..tu yang sedih..Dah ke petang barulah mood nya ok dan dapatlah beraya di rumah sanak saudara terdekat..

Di kesempatan ini kami sekeluarga ingin mengucapkan 

'Selamat Hari Raya Aidilfitri' buat semua..Semoga raya tahun ini memberi keceriaan buat kita semua..








Comments

  1. Salam ziarah Syawal ke 6... baru hari ni dpt berblogging... :)

    ReplyDelete
  2. Nak manje2 la tu Anis. Hadoii..sian kak Az.

    ReplyDelete
  3. samalah dengan si baby tu,,tak sempat nak ambil gambar bersama,...dah wat hal...anak2 kan...

    ReplyDelete
  4. Hehe. Sabo jela dengan anis tu ye sis :) penat jalan dr kl ke ganu tu.

    ReplyDelete
  5. hehehehe sm la dgn kazen sy...asik muncung jeeee geram dibuatnya

    SELAMAT HARI RAYA

    ReplyDelete
  6. salam aidilfitri juga buat sis sekelurga..salam perkenalan dari lya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet