Skip to main content

Anis minta baju frozen

Assalamualaikum..

Perasan tak sana sini frozen..Hebat betul penangan frozen..Patung frozen,baju frozen,beg frozen,Pencil case frozen dan macam-macam frozen lah..

Sampai sekarang aina dan anis tengok frozen..dah tengok kat cinema..di paksanya papanya beli DVD frozen..diulang-ulangnya tengok cerita frozen..

Hari ni anis demam..demam-demam pun..apa katanya..anis nampak baju frozen kat kedai, cantik mama..mama boleh belikan untuk anis..alya ada baju tu..Apa yang sepupunya ada, anis pun nak..

Tak sampai hati pula nak kata tak kan..belikan jugalah baju t-shirt frozen.Harga RM29.00..Gembiranya..hilang demam sekejap..Tapi ada lagi permintaan tu..nak sling beg frozen pula dan anak patung elsa dan anna..Nasib baik anis tak minta gaun macam elsa..

T-shirt frozen

pinjam picture mr.google

Contoh sling beg yang anis nak.. Hari tu anis nampak di bazaar ramadhan ..Nasib baik kakak aina tak minta macam-macam..Yang aina dia jenis tak kisah..Pakai je baju yang dibeli..

Kalau google macam-macam produk frozen di jual..ada baju tidur, gaun,dress, t-shirt,sandal,sling beg dan lain-lain.Bukan budak kecik je yang minat dress frozen ni, yang dah besar panjang pun ada yang feeling nak pakai dress macam elsa..












Comments

  1. Baju frozen mmg tgh in skrg..kalau farah ada anak pompuan pn nak jugak beli baju frozen nie kat dia...hehehe

    ReplyDelete
  2. Hmm... Apa yang menariknya kartun Frozen tu ye? Xtengok lagi... tapi kalau lagunya tu memang tengah hot sekarang ni.

    ReplyDelete
  3. Adehhh mmg mcm tu lah skrng... anak saya pun mcm tu jugak hahaa.. :D

    ReplyDelete
  4. untngnyer demam dapat baju frozen ;)

    ReplyDelete
  5. Di minta gaun Elsa, abis la. Hihi. Budak2 kan. Mmg la dahsyatnye penangan frozen nih. Hadoi..

    ReplyDelete
  6. Demam frozen belum kebah..he..he

    ReplyDelete
  7. Hehe dah banyak kali tgk frozen. Penangan anak buah yg xtau bosan tgk frozen :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet