Skip to main content

Oly Lukis wajah karikatur

Inilah gambar lukisan karikatur yang dilukis oleh olylukis  ketika kami ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 semalam di PWTC.Puas hati dengan hasil lukisan oly.Pertama kali wajah kami dilukis dalam karikatur hitam putih..

Karikatur

Comel aina dan anis..hehehe(puji anak sendiri)..yang paling over, siapa lagi ai lah..papa aina anis..nampak muka sedih, sebab selsema semalam..

Mr Oly lukis memang cepat..hanya melihat wajah kami, dia boleh menyiapkan lukisan tak sampai 10 minit..Hebat kan...

Semalam adalah hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC, memang seronok..beli buku dapat buku percuma..aina paling seronok dapat memilih sendiri buku yang ingin dibelinya..Kalau ikut kan hati nak tunggu sampai malam..tapi tak boleh, dah nak petang pengunjung makin ramai dan bersesak. Kami pergi waktu pagi, selesa sikit berjalan dari satu gerai ke gerai lain..
Beli buku di Pesta Buku Antarabangsa KL 2014
Antara buku yang dibeli..
Kita tunggu tahun depan pula ye..nak borong buku..


Comments

  1. comey ! best gak ada gmbo family lukisan kartun ni, rare ;)

    ReplyDelete
  2. Cantik lukisan tu Ab.. Nampak meriah & lively..

    ReplyDelete
  3. Menarik!...tak semua orang punya bakat sebegini.

    ReplyDelete
  4. Teringin sangat nak suh orang lukis karikatur muka sendiri... tapi malu! hikhik

    ReplyDelete
  5. hihi.. agaknya muka mama kalau dikarikaturkan bagaimana agaknya ye....

    ReplyDelete
  6. lagi best kalau ada gambar pasa tgh posing tu, sbb boleh bandingkan.. hehehe

    ReplyDelete
  7. ehh..ada eh?xprasan sbb niesa xpusing hbis kt pesta buku tu..biasa la masa singkat sgt kak...thn depan nk g lgi la..hehehe

    ReplyDelete
  8. Cantik... teringin juga nak ada potret family yang dikarikaturkan... ;)

    ReplyDelete
  9. eiqa teringin sgt nak buat gini tp bila nak buat duit poket keringg :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet