Skip to main content

Makanan organik

Pernah ke Justlife Shop tak?Kedai yang menjual produk organik. Semalam azlea dan husband ke Justlife Shop di IPC, Damansara. Konon saje je nak masuk tengok makanan organik apa yang dijual.  

Inilah hasil belian semalam, Plain Flour,Onion Brown,New Zealand Spinach dan Tomato Cherry.Jumlah kesemuanya RM20.65. 


Produk organik


Produk organik

Orang kata makanan organik mahal.Namun kebaikannya untuk kesihatan kita jangka panjang. Kelebihan makanan organik:


  • Lebih segar,enak dan tidak cepat busuk

Sayuran organik lebih manis dan sedap. Ini disebabkan kandungan air dalam sayur tidak terlalu banyak.Selain itu, kandungan air yang sedikit dibandingkan dengan sayuran bukan organik membuatkan sayur organik lebih tahan lama.

  • Kandungan gizi yang tinggi
Sayuran organik mengandungi gizi yang tinggi dan berkhasiat seperti kandungan mineral dibandingkan sayuran bukan organik.

  • Lebih sihat,selamat dan berkualiti
Makanan organik adalah makanan segar tanpa bahan kimia dan penggunaan racun serangga.

Makanan organik yang dijual di Justlife Shop tak lah mahal sangat.Berpatutan juga harganya kecuali bawang putih je...Macam sayur harganya tak mahal tapi memang fresh..Lepas ni ke sana je lah nampaknya dan nak  apply membership sebab ada diskaun lagi.Suka-suka..



Comments

  1. Yup a bit mahal tapi baik untuk kesihatankan AB..So tak salah spent sikitkan..

    ReplyDelete
  2. Mahal sikit tak pe yg penting selamat dan berkhasiat. Kalau balik kampung memang dapat makanan yg 100% organik...tanam sendiri, hehe...

    ReplyDelete
  3. kalau mampu, mahal sikit pun x pe.. alah membeli, menang memakai..

    ReplyDelete
  4. X pernah masuk kedai ni lagi, walau selalu ke IPC... nanti nak tengok2 jgklah... :)

    ReplyDelete
  5. CN hari2 makan syur organik sbb encik suami yang tanamkan..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet