Skip to main content

Seronoknya Cuti!!

Assalamualaikum..


Cuti..oh..seronoknya..bolehlah bersantai di rumah..mana ada..banyak kerja rumah nak buat..itulah kalau dah kerja 7 hari..rumah akan jadi tunggang langgang..cuti 2 hari ni lah nak guna semaksimum membersihkan rumah.. tak ada istilah rehat..rehat pun waktu malam je..

Masa ni lah aina dan anis akan buli aku..nak itulah..nak inilah..mama ambik kakak cepat tau..mama kakak nak makan siput lala hari ni..bla bla bla...oh memang memenatkan melayan karenah mereka..tapi seronok..alhamdulillah..Allah beri peluang pada ku..dapatlah menghantar dan mengambil mereka di sekolah..macam ibu-ibu yang lain walaupun sebenarnya aku masih berkerja..

Ada yang kata..kau kerja weekends ke? tak penat ke?anak-anak siapa yang jaga husband you ke..oh..susah lah nak planning cuti ye dan macam-macam lagi..Tak sebenarnya kalau kita pandai merancang percutian kita..tapi tunggu cuti sekolah ye...Lagipun senang cuti hari biasa, sebab kalau kita ada urusan penting, tak perlu lah ambil cuti..simpan je cuti tu.

Hari ni dan esok dah buat list apa nak selesaikan..insyaAllah semoga projek baju kurung terlaksana..dah lama tertangguh.. belinya dua bulan yang sudah..tak bergunting lagi..ni nanti ada yang membebel..bila nak gunting kain ni !! (siapa lagi..kalau bukan..hehehe)..Oklah..stop di sini..sebelum itu nak ucapkan..

Selamat bekerja dan Selamat bercuti bagi yang bercuti...

Seronoknya berehat..sambil baca buku cerita.
















Comments

  1. best la cuti...hhehee... amek tempah baju kurung ke?

    ReplyDelete
  2. Hari ni cuti ye... betul tu, kita ni cuti pun serupa tak cuti... macam2 keje menunggu kan... bestnya pandai jahit baju sendiri... ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat baju kurung tahulah menjahit nurul..adalah basic..

      Delete
  3. wahh..wahh..wahh..selamat bercuti la ye kak..best la bercuti..niesa weekend mmg xmerasa sgt cuti..hukhuk..xsaba nk cuti n jumpa kwn blog next week!yeay!kak jgn lupa cnfirmkan niesa b4 27hb tau..heeee

    ReplyDelete
  4. kalau dah namanya cuti, mesti la seronok.. hehe
    singgah menabung sini..:)

    ReplyDelete
  5. Memang best kalau boleh bercuti panjang sikit atau sekurang2nya bercuti pada hari yang wajib cuti... hehe... KN pun kekadang hari cuti wajib pun kena kerja jugak! Dah namanya pun tanggungjawab kan?

    ReplyDelete
  6. Siapa yang tak suka cuti...memang idaman setiap orang!

    ReplyDelete
  7. Betul tu. Nama jer cuti. Tapi kat umah tak cuti pon. Byk jer lerja menanti. Bestnya pandai jahit baju.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet