Skip to main content

Sekotak kasih sayang dan cinta..

Semalam aina requested nak bawa bento ke sekolah nasi goreng tabur ikan bilis dan jagung rebus ..banyak tu habis ke makan? Ikut juga kehendak aina, malam semalam pergi juga ke econsave mencari jagung..dapatlah membeli jagung..harga setongkol RM0.99 ..belilah 3 tongkol..simpan untuk hari sabtu ini..Aina  memang penggemar jagung..

Sebelum tidur, aina tanya..mama sempat ke rebus jagung.sempatlah sayang..mana tak sempat jam 5.00am bangun menyiapkan bento aina sebelum ke office..hehehe..jimat duit belanja aina RM2.00.
Bento hari ini
Nasi goreng, jagung dan buah jambu air..
Bento sebelumnya
Nasi putih bentuk teddy bear dan ikan, ayam masak kari dan buah-buahan..
Mungkin azlea tak kreatif  dan berseni sangat nak buat  Bento Cantik seperti di entry sebelumnya. Asalkan aina kenyang dan gembira serta mendapat gizi yang seimbang dan itulah 'sekotak kasih sayang dan cinta' daripada seorang mama buatnya..

Untuk anis, memang tak ada bekal untuknya..sebab di tadika memang ada menyediakan sarapan pagi sebelum masuk kelas..Itu pun tadi anis makan di kantin sekolah kakaknya pulut panggang dan makan 2 mangkuk cococrunch bersama susu di tadikanya..berselera betul anis makan bersama kawannya..


Sebelum ke sekolah aina dah plan nak bawa bento apa esok, padahal aina lupa esok cuti sebab terlampau gembira setiap hari bawa bento ke sekolah..alahai sayang mama..



Comments

  1. alaaaa kiutnya nasi bentuk teddy bear tu hihi

    ReplyDelete
  2. Comel aje..semangat nak makan tu..salam Jumaat AB..

    ReplyDelete
  3. rajinnya berbento... saya suka tengok nak buat tak kreatif...hhee

    ReplyDelete
  4. rajin betol buat bento.. dengan penuh kasih sayang plak tu..
    menabung digi sini..:)

    ReplyDelete
  5. bestnyer ! mmg rajin..CN entah bila la nk berbento ni..hehe

    ReplyDelete
  6. untung aina dpt mama rajin ... 5 pagi tu ... kasihnya ibu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu mak bekalkan nasi goreng masa sekolah QV..bila dah ada anak baru tahu macam mana kasihnya mak pada anaknya..

      Delete
  7. Dah cukup cantik tu...kalau cantik sangat nanti sayang pula nak dimakan, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih BM..nanti kalau terlebih cantik diorang tak nak makan pulakkan..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...