Tuhan Menguji Kita...

Semalam bermulah program catuan air peringkat 2 di kawasan Wilayah Gombak,Kuala Lumpur,Petaling, Klang Shah Alam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor. Di sebabkan azlea dan family tinggal di Hulu Selangor, jadi kawasan tempat tinggal kami tidak terkecuali daripada program ini. Memang perit, jika tiada air.Lagipun air adalah keperluan asas manusia. Mujurlah kawasan Hulu Yam Bharu, tidak tersenarai dalam program ini.Alhamdulillah..Bolehlah aina mandi sebelum ke sekolah agama nanti di rumah mak abah.

Di tambah lagi dengan keadaan cuaca yang panas dan kering dan dijangka berlanjutan sehingga pertengahan Mac ini.Laporan berita meminta kita berwaspada terhadap tanda-tanda awal Strok Haba ataupun Heat stroke berikutan cuaca panas dan kering.

Strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius..Huh panasnya..sebab suhu badan manusia normal adalah 37 darjah celcius.Menurut ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr.Noor Hisham Abdullah, tanda-tanda terkena strok ialah sakit kepala berdenyut,mual,kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas. Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang,muntah,kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam.

Dalam keadaan ini, azlea memang tidak membenarkan aina dan anis bermain diluar rumah. Memang terasa bahangnya.Nak mandi di sungai  untuk sejukkan badan pun tak berani takut terkena kencing tikus. Pastikan mereka berdua minum air masak dengan banyak dan kurangkan aktiviti riadah.
Sejuknya..air sungai ..
Semalam juga, hujan turun dengan lebat di kawasan azlea dan beberapa kawasan lain.Alhamdulillah syukur.Semoga dengan turunnya hujan, dapat megurangkan jerebu yang melanda di negara kita dan meningkatkan air di empangan-empangan Selangor. Namun begitu, Menteri kesihatan, Datuk Seri Dr. Subramaniam dalam laporan media TV3 hari ini, mengingatkan agar orang ramai mengambil langkah awal termasuk memakai topeng muka ketika berada di kawasan yang dilanda jerebu.

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan ujian ini berakhir sehingga bulan Mac ini.

Sumber: Amaran Jerebu
Sumber:Strok Haba


Comments

  1. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
    (Al-Baqarah 2:155)

    ReplyDelete
  2. semalam jerebu tebal sangt kat penang ni..sampai bau busuk..

    ReplyDelete
  3. sabar dan sentiasa berdoa semoga dipermudahkan semuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mama semoga dipermudahkan

      Delete
  4. Tapi semalam kat KKB hujan sikit jer, sekadar basah bumi...Nampaknya sukarlah nak penuh empangan. Tempat lain memang hujan lebat sampai pagi tadi pun ada kawasan yang hujan lagi.

    ReplyDelete
  5. aah time jerebu sgt x selesa. especially bila matahari bertukar kuning. bila dtgnya hujan sgt membawa rahmat. sejuk. mendamaikan

    ReplyDelete
  6. saya rasakan mcm musibah jer ... ujian Allah pd rakyat ,Malaysia .

    ReplyDelete
  7. Bsyukur sgt hujan pg td, rasa sejuk jer n takde dah bau asap ;)

    ReplyDelete
  8. Bersyukur sgt pg td ujan..sjuk jer n xde dah bau asap ;)

    ReplyDelete
  9. Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah tempat saya pun dah hujan...

    ReplyDelete
  11. kt tmpt niesa jerebu x sgt..tp panas tu..huhu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bila Hati Tersentap !!!

DIY BOTOL PLASTIK