Skip to main content

PESONA CANDELIER

Tatkala membelek Majalah Harmoni keluaran Februari 2014, terdapat artikel mengenai panduan memilih candelier. Kepada mereka yang suka menata hias kediaman mereka dengan candelier yang sesuai boleh ikuti panduan ini:
Sumber google
  1. Pilihlah rekaan candelier yang bersesuaian dengan konsep kediaman kita.Sepadankan rekaan candelier dengan gaya hiasan kediaman sebelum mendapatkannya.
  2. Pilih rekaan terkini.Namun citarasa setiap individu berbeza.Jadi pilihlah yang tepat.
  3. Tujuan utama memasang candelier.Jika Candelier di pasang sebagai sumber utama cahaya, gunakanlah mentol yang lebih terang. Sebaliknya, kalau sekadar hiasan, guna mentol yang tidak terlalu malap.
  4. Ketinggian siling.Candelier yang panjang tidak sesuai untuk siling rumah yang rendah.Ianya sesuai digantung di siling ruang tangga bagi mereka yang memiliki rumah teres 2 tingkat.
  5. Bagi ruang dapur, pilih candelier yang tidak mencecah meja makan dan pencahayaan yang terang.
Sumber google
Ini pula tips membeli dari ku:-
  1. Bajet yang diperlukan.Terpulang kemampuan individu masing-masing.Biarlah berbaloi dan puas hati. Kadang-kadang ada juga candelier yang murah tetapi cantik.
  2. Mintalah diskaun.Untung-untung dapat  atau pun mintalah barang percuma sebab kita sudah pun menghabiskan wang yang banyak di kedainya.
  3. Beli waktu sale. Ini amat penting.Selalunya kedai lampu hiasan akan membuat potongan harga sehingga 70%. Tujuannya untuk menghabiskan stok lampu yang lama kepada baru.Yang penting jadilah pengguna yang bijak.

Comments

  1. suka chandelier tapi selalu rasa tak sesuai ngan rumah akk

    ReplyDelete
  2. saya ni x de la minat sangat dgn bnda alah ni.. ada pun x pa, kalau x da, mmg x beli lakot.. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. kalau mcm tu, mmg x beli la kot.. kecuali la kalau duit banyak sangat x atu nk buat apa.. heheh

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet