Skip to main content

Dah Dapat pun Ukulele

Semalam birthday Aina. Bangun pagi sebelum pergi sekolah..Papa, hari ni birthday kakak.Kakak nak guitar boleh?Papa kan dah janji nak belikan guitar masa birthday kakak nanti..Aina buat muka kesian.Nanti papa belikan..Horey..Haa..kan aina dan tuntut janji tu..

Selepas balik kerja singgah di kedai Guitar Planet di Summit,USJ.Adalah Ukulele guitar yang dijual di situ.Cantik dan ada yang bercorak.Macam-macam pilihan.Nak yang murah dan mahal pun ada..Pilih yang murah je..Okaylah..janji tetap janji,guitar mesti di beli..kalau tak Sedih lagi aina..


Model guitar..pilih mana nak..RM89.00,RM99.00
Ada lagi... RM79.00
Dah pilih...Yang ni untuk Aina.Anis punya mana?Kesian anis.Belikan juga untuk anis walaupun bukan hadiah hari lahirnya...Guitar anis warna kuning..atas tu..

Dulu tak pernah pun dapat hadiah lahir.Tapi bersyukur mak dan abah beri kasih sayang yang secukupnya kepada kami 6 beradik..Syukur Alhamdulillah.Sekarang dah pun berkeluarga dan ada anak, kami sedaya upaya memberi kasih sayang,didikan yang sempurna buat aina dan anis. Semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat.

Eee..tak boleh jadi ni, nak juga guitar..


Comments

  1. amiin.. si mak pun nk gitar jugak..? heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah mula berebut main dengan anak pula..hehehe

      Delete
  2. comeynyer ukulele ni, anak CN duk main gitar ayah nyer yang besor gedabak tu jer, nk belikan ukulele ni mmg tak la kot..hehe

    ReplyDelete
  3. Wah! Minat main gitar...boleh asah bakat tu! Inilah untungnya budak2 sekarang...ibu bapa mampu berikan apa yg diminta. Nanti keluar youtube pula...mana tau boleh popular jadi macam Najwa latif, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita hanya mampu memberikan yang terbaik untuk mereka..

      Delete
  4. ala..comelnya gitar...anis pandai main ke kak?mesti best kalau pandai..niesa ni tgn keras je blaja men gitar..ahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet