Skip to main content

Alhamdulillah...

Assalamualaikum sahabat sekalian.Semoga ceria dan sihat selalu.Alhamdulillah kerana masih lagi diberi kesempatan dan bernafas di dunia ini.Syukur Alhamdulillah, dalam busy mencari idea apa nak makan tengahari tadi, datang rakan sekerja azlea, "Angpau for you kids." Syukur Alhamdulillah. Pernah juga ada pengalaman, sedang sibuk memikirkan juadah yang ingin dihidangkan untuk family, datang anak jiran memberi salam dengan membawa juadah untuk petang..Ya Allah..syukur Alhamdulillah.

Gambar google ..terima kasih
Ya..bersyukur lah melalui hati, lidah dan anggota fizikal. Dengan nikmat Allah kita dapat melihat.Dengan nikmat Allah kita dapat mendengar.Dengan nikmat Allah kita dapat merasa.Dengan nikmat Allah kita dapat berbicara dan mengucapkan rasa syukur.Sebenarnya banyak nikmat yang Allah telah berikan kepada kita.Tetapi sama ada kita menyedari atau pun tidak.

Bersyukurlah..Janganlah kita sentiasa mengeluh dan merungut.Memang lumrah hidup manusia, ada sahaja yang tidak puas hati.Ada sahaja keluhan dan rungutan. Belajarlah mensyukuri apa yang ada kerana itu semua adalah ujian Allah.

#Pekongsian untuk diri sendiri juga..

Comments

  1. Alhamdulillah. Nad pun banyak bersyukur hari nie :)

    ReplyDelete
  2. em..jie pun kena slalu bersyukur..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...niesa pun sentiasa bersyukur wpn diuji dgn mcm2.. Hukhuk

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, atas segala pemberianNya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet