Skip to main content

Dah berpindah milik.....



Laptop kesayanganku yang kini dah berusia hampir 9 tahun.Kini menjadi milik Aina dan Anis..

Wah..seronoknya aina main game. Lepas ni bolehlah ajar cara nak open microsoft word, save and print.

Cadangnya sebelum itu nak belikan tab yang murah, tapi bila difikirkan rasa macam membazir..Jadi berikan saja laptop yang banyak berjasa pada kakak dan adik-adik azlea.

Dengan laptop inilah diorang buat assignment masa belajar di Universiti..sekarang diorang pun dah bekerja dan berkahwin, maka dikembalikan semula kepada tuan punya laptop ini..

Tak mengapa walaupun azlea tak guna lama pun laptop ni..janji puas dapat tolong adik beradik yang lain kan.

Jadi lepas ni Aina dan Anis tak boleh kacau mama lagilah..kalau tak mama nak tengok upin ipin.Padahal tiap-tiap hari tengok upin upin di TV...alahai sayang...

Comments

  1. bole jadi bahan warisan turun temurun ni...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. turun kat anaklah pulak..tu yang sayang sangat kat laptop ni..

      Delete
  2. serius 9 tahun???wahhh..mmg pandai jga barang...boleh jadi harta turun temurun..hehe..jenama apa tu kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Niesa..masa tu laptop tengah mahal.belilah brand Hewlett-Packard..

      Delete
  3. 9 tahun... lamanye.. laptop Fiza yg lama pun boleh tahan 7 tahun jer.. nak repair tukar sparepart dah tak de sbb dah lama...

    ReplyDelete
  4. wah wah... mama punya lappy kalau on je, mesti sikecik mama kacau.. dia punya lappy mainan habis dah.... lebur..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet