Skip to main content

Sahabat untuk Selamanya


Dalam ramai-ramai kawan kita mesti ada yang perangai tah apa-apa.Tapi yang tah apa-apa tu lah ikhlas dalam persahabatan, memahami dan baik.

Itulah penyeri persahabatan. Bagiku sahabat amat penting dalam resepi kehidupan.Tanpa sahabat diri terasa di sisihkan dan dipinggirkan.

Sahabatlah tempat kita meluahkan perasaan kegembiraan,kekecewaan dan ketakutan.

Sahabat baik sukar di cari.Sahabat baik tidak akan menceritakan keburukan dan kelemahan kepada orang lain. 

Sahabat baik akan menegur dan membantu sahabatnya membaiki kepincangan pada diri sahabatnya. Sebaik-baik sahabat adalah yang dapat membantu kita ke syurga bukan ke neraka. 

Sahabat.. inginku luahkan Sepi bukan beerti Hilang...Diam bukan beerti Lupa..Jauh bukan beerti Putus..kerana ada satu ikatan yang tidak mungkin Putus iaitu 
~PERSAHABATAN~

Sahabat Sejati

"Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya" (H.R.al-Hakim).

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya,kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak gerinya teringat mati...




Comments

  1. suka ayat ni.. "Sepi bukan beerti Hilang...Diam bukan beerti Lupa..Jauh bukan beerti Putus..kerana ada satu ikatan yang tidak mungkin Putus iaitu
    ~PERSAHABATAN~" sokong sgt2..huhu..sedih plak rindu kat besfren.. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Niesa.Hubungilah kawan2 lama Niesa sementara mereka masih ada.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet