Skip to main content

Hari terakhir di Tabika Kemas

Mengimbas kembali 2 tahun yang lepas, anak yang didukung di hadapan kelas dan menangis itulah membawa namanya dan cikgunya ke peringkat kebangsaan 2013.Sebak rasanya bila mendengar ucapan cikgu Ana "inilah kali pertama terpilih ke peringkat kebangsaan".Bukan senang tanpa komitmen yang tinggi.Tahniah buat Aina .

13 November 2013 telah diadakan majlis akhir tahun Tabika Kemas 1 Ulu Yam Baharu, majlis kejayaan pasukan bola jaring terutama Aina yang telah terpilih ke peringkat kebangsaan pada hari Potensi Kemas Kebangsaan 2013 (7-9 November 2013) lalu  dan majlis hari lahir juga..Seronok sangat Aina dan kawan-kawan lain semuanya dapat hadiah dari Cikgu Ana.

Hari terakhir Aina di Tabika...

Persembahan Aina n friends dihadapan parents.
Aina tiada dalam persembahan pada hari graduasi 7 Nov 2013 yg lalu.
Tapi masih lagi ingat step2 yang diajar oleh Cikgu Ana..

Nanti jangan lupa bawa bekal tau pergi sekolah..
Ehh siapa tu yang beri hadiah..En suami jadi bidan terjun..
malu-malu pulak Aina ni dengan Cikgu Ana
Inilah Cikgu Fatin...
Pasukan bola jaring yang sampai ke peringkat negeri.
(Auni,Aina,Alisya,Eli n Atikah)
kita sama-sama nyanyikan Selamat Hari lahir pada kawan Aina yang lahir
pada bulan November..

Tahun 2014 bermulah fasa sebagai pelajar sekolah rendah. Anakku Aina Batrisyia mama sentiasa mendoakan kejayaanmu sayang.Semoga menjadi anak yang solehah dan cemerlang dunia dan akhirat.

Yeaa lepas ni cuti panjang..Selamat Bercuti kawan-kawan Aina.Jumpa kita tahun hadapan di Sekolah kebangsaan Ulu Yam Bharu...dan Sekolah Rendah Agama Ulu Yam Bharu...


 Salam Sayang
~Azlea~




Comments

  1. aminn..tahniah aina..semoga berbakti kpd ibu bapa bila besar nanti..dan selamat bercuti panjang..hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet