Skip to main content

Hadiah yang lebih baik

Secara realitinya, sebahagian daripada kita tidak bertemu dengan jodoh dengan cinta pertama kita.Kita juga mungkin tidak bertemu jodoh dengan orang yang minat dengan kita.Tetapi..mungkin akhirnya kita bertemu jodoh dengan seseorang yang tidak kita sangka.

Apa yang penting, bukanlah pertama ataupun orang yang kita suka, yang penting adalah orang yang sesuai dan baik untuk kita.
gambar google
Izinkan Azlea berkongsi kata-kata hikmah ini yang amat menyentuh hati ketika membacanya:

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita menjadi penilai yang baik.

Memang sengaja Allah menemukan kita dengan orang salah supaya kita sedar yang kita hanya makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik,khas untuk diri kita.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar Allah Maha Pemurah dan Penyayang kerana mengingatkan kita,dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa hadapan.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang mengalaminya.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.

Terkedu seketika selepas membacanya.kesimpulan setiap yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya.

Salam Sayang dan Selamat Berhujung Minggu
~Azlea~


Comments

  1. sehingga kini saya masih menunggu jodoh yg allah hantar utk saya ...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Selamat pagi.terima kasih sudi singgah blog yg tak seberapa ini.

      Delete
  3. sedih baca..niesa sll je xdpt menerima hakikat bila Allah tarik org yg niesa sayang..hakikatnya Allah nk bg yg lebih sesuai utk niesa.. :( :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu niesa,Allah akan bagi yg terbaik untuk kita.

      Delete
  4. perancangan Allah itu adalah yang terbaik untuk kita...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet