Skip to main content

Rahsia Senyuman

Assalamualaikum buat rakan pembaca semua..Alangkah ruginya kalau kita terlepas  12 rahsia di sebalik senyuman.Tak percaya? Jom baca fakta ini:


  1. Dalam ajaran Islam,senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah.Sabda Rasulullah SAW."Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah,beramal makruf yang kalian lakukakan untuk   saudaranya juga sedekah,dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah."(HR Tirmizi dan Abu Dzar).
  2. Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabaitkan diafragma,abdomen,sistem pernafasan,muka,kaki dan otot belakang.
  3. Senyuman bukan sekadar reaksi terhadap sesuatu,malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorfin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.
  4. Apabila kita senyum,sel pembunuh tumor dan virus semula jadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon protein melawan penyakit),sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).
  5. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung,tekanan darah tinggi,strok,artritis dan ulser.
  6. Senyum dikategorikan sebagai stres yang baik.Stres yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
  7. Apabila kita tersenyum, badan juga turut tersenyum dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan  tekanan darah tinggi ke otak.
  8. Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik.Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwah.
  9. Senyum juga merupakan senaman berbentuk joging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melalui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
  10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah,menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara lansung merangsang proses penyumbuhan.
  11. Apabila kita tersenyum,kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
  12. "Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman." Riwayat Tirmidzi.
Jadi mulakan hari kita dengan senyuman yang manis dan ikhlas dari hati.

Salam Sayang
~Azlea~

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...