Skip to main content

Posts

MENGENAL SEJARAH:MUZIUM NEGARA

Kali terakhir ,saya melawat Muzium Negara semasa sekolah rendah.Lamanya tak ke sana. Bila dah berkahwin, anak-anak pun dah bersekolah rasanya mereka perlu melawat Muzium Negara. Muzium Negara merupakan tempat menarik di Malaysia dan yang belum melawat bawalah anak-anak dan keluarga ke sana semasa musim cuti sekolah nanti. Anak-anak pasti suka dan teruja kerana banyak khazanah,artifak sejarah,cerita dan rujukan yang boleh dipelajari. Pada 4.9.2016, AB dan suami telah membawa Aina dan Anis ke Muzium Negara.Seronok mereka berdua kerana ini lah pertama kali ke sana. Apa yang menarik di Muzium Negara Muzium Negara terbahagi kepada 4 seksyen iaitu: Galeri A: Sejarah Awal Galeri B: Kerajaan-Kerajaan Melayu Galeri C:Era Colonial Galeri D: Malaysia kini Antara-antara gambar yang sempat diambil mengikut seksyen.Setiap galeri menyimpan kisah-kisah menarik. Galeri A: Sejarah Awal. Galeri yang menyimpan bukti-bukti tinggalan artifak budaya Masyarakat awal di Mal...

LUKISAN RUMAH TOK CHAI

Inilah aktiviti kami tiga beranak di rumah semalam.Lukisan apa ni Anis?Inilah rumah Tok Chai. Rumah buruk Tok Chai. Aku..pula..Tok Chai. Siapa Tok Chai?? Suka hati je Anis ni gelar rumah ni rumah Tok Chai. Alah mama.Movie yang kita tengok di Cinema Hantu Raya Tok Chai tu, kata Aina pula. Dia takut tengok cerita tu, kata Aina. Tu pasal lah dia lukis rumah tu. Ooh ye ke kakak. Tapi kenapa warnanya colorful ye Anis. Jawapan Anis sebab rumah tu buruk lah mama.Ada-ada lah Anis ni. Lukisan Anis..Rumah Buruk Penat mewarna. Masa untuk lunch. Semalam dengan berbesar hati masaklah ketam masam manis. Beli 5 ekor ketam. Sebenarnya nak masak kari ketam.Disebabkan terlupa nak beli kelapa parut. Jadi masaklah ketam masam manis. Kami sekeluarga  memang gemar makan ketam. Sebulan sekali AB akan beli ketam. Kalau nak pilih ketam pilihlah yang betina. Sebabnya ketam betina isinya padat dan tersimpan telur. Puas hati makan. Nenas pula memang tak beli, kita ganti den...

MERDEKA 2016 #SEHATI SEJIWA

Alhamdulillah..Syukur 59 tahun negara kita merdeka.Semoga negara kita terus aman harmoni dan sejahtera serta sentiasa dilindungi oleh Allah SWT ..Semoga kita terus bersatu hati dan bersatu padu dalam apa jua masalah yang mendatang. TEMA HARI KEMERDEKAAN  MALAYSIA 2016 Pada tahun ini SEHATI SEJIWA telah dipilih sebagai tema hari kemerdekaan yang melambangkan semangat perpaduan, kesefahaman,kekitaan dan kemanusiaan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada. Sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah sentiasa mensyukuri dengan keamanan yang kita kecapi dan miliki sekarang ini dan teruslah bersatu padu.Jauhilah diri kita dari sikap negatif ,buruk sangka dan iri hati. Jagalah tatasusila dan pertuturan kita di mana saja dan bebaslah minda kita daripada terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang boleh memecahkan perpaduan antara kaum. Akhir sekali ..Sekali Merdeka , Selamanya kita Merdeka. MERDEKALAH MALAYSIA.

OLE-OLE SARAWAK

Terima kasih sahabat hadiahkan ole-ole dari Sarawak. Tak sabar rasanya nak makan Kuih Lapis Sarawak dan Tebaloi Mukah (Snek Asli Sarawak) perisa pandan. Mesti sedap rasanya.. Apa-apapun terima kasih Nadzirah yang masih ingat lagi dengan kakak. Moga persahabatan kita kekal selamanya.

ULANGKAJI PELAJARAN

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.. Tinggal sebulan setengah sahaja lagi Aina dan Anis akan menghadapi peperiksaan akhir tahun. Alhamdulillah ujian lepas ada peningkatan dan kemajuan dari yang lepas. Cuma Anis mesti berusaha lebih,banyakkan latihan dan fahami soalan. Sabtu lepas bermulalah sesi ulangkaji dan lakukan pembetulan bagi soalan yang salah. Boleh pula jawab soalan tu.Aina pula.."Mama soalan ni senanglah.kakak tak berhati-hati lah mama.Tahu pula kelemahan dia ye. AB tak stress kan mereka berdua. Ada masa belajar dan ada masa mereka perlu bermain. Hak bermain adalah hak mereka. Jangan kita sekat naluri semula jadi ini kerana sebenarnya mereka sedang belajar dan berfikir. Terkejut juga bila terbaca status facebook budak 7 tahun disahkan gila kerana kuat belajar dan menjadi viral. Sedihnya..Mengapa sampai begitu sekali? Tak kasihan ke.. pada anak-anak. Otak mereka penat belajar di sekolah pagi dan petang dan sambung pula di rumah mengulang kaji pelajara...

SELAMAT PAGI

Assalamualaikum wbt.. Bersabarlah.. Sesuatu yang baik itu selalu datang kepada mereka yang sentiasa bersabar MENUNGGUNYA..

SELAMAT HARI LAHIR ANIS

Selamat Hari Lahir Anis sayang. Dah tahun 7 tahun ye. Opah kata dah besar cucu opah. Belum lagilah opah.Kecil lagi tu. Sampai bila-bila pun Anis tetap anak kecil di mata mama. Untuk Anis, Mama dan Papa sentiasa doakan kesejahteraan anis, berjaya dalam pelajaran, kerjaya dan hidup di masa akan datang. Semoga Anis sentiasa dimurahkan rezeki, diberkati dan dirahmati. Jadilah anak yang solehah dan menyenangkan dan disayangi semua orang. Sayang dari Mama,Papa dan Kakak Aina.