Skip to main content

Posts

Majlis Pra Graduasi Anis

Sedihnya anis tak dapat ikut serta Trip Melaka dan Legoland. If tak disebabkan anis ada Majlis Pra Graduasi Tabika Kemas Daerah Hulu Selangor pada hari tersebut 31 Oktober 2015 bertempat di Dewan Serbaguna Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu.Pasti anis akan join trip tersebut bersama aina. Tak pelah anis yang penting anis terima scroll dan dan yang paling best sangat..Apa dia? Papa anis yang serahkan scroll tersebut. Kembang kempis hidung anis masa naik atas pentas hari tu.  Mak ai ramainya kanak-kanak cilik yang menerima sijil pada hari tersebut. Terpaksa lah kami ibu bapa ada yang duduk bersila di atas lantai.Sesi petang je dah seramai 324 orang. Jumlah keseluruhan termasuk sesi pagi seramai 624 orang. Kelass u all...ada anugerah olahragawan dan pelajar terbaik menghafaz surah lazim.Rasa terkilan jugalah sebabnya teks ucapan yang di baca oleh MC bahawa ini julang kali pertama kanak-kanak ini terpilih mewakili Selangor ke peringkat Kebangsaan dalam  acara bola jaring. P...

Roti Jala chenachenis

Disebabkan kerajinan yang melampau, maka terhasillah roti jala versi chenachenis. Mudah sangat membuatnya. Yang penting kena rajin. Di tambah dengan pembantu yang suka sangat menolong di dapur. Kakak melipat dan adik tugasnya mengacau adunan roti jala. Resepinya 3 cawan tepung gandum 3 cawan air Tambah 1/2 cawan susu segar (tak guna santan) Sedikit garam Sedikit pewarna kuning 1 biji telur 2 sudu minyak Gaul semua adunan sehingga sebati dan masukkan ke dalam acuannya. Bolehlah dijala di atas kuali dan dibiarkan beberapa saat. Angkat roti jala, kemudian bolehlah digulung ataupun dilipat. Disebabkan aina tak pandai menggulung, maka terhasillah roti jala setiga. Bila dah siap bolehlah di makan dengan kuah kari ayam..Yum yum..Sesuai sangat di makan untuk minum petang. Selamat mencuba...

Jiran baru

Rasanya sudah 6 minggu kami mendiami rumah baru yang dibeli 3 tahun yang lepas. Alhamdulillah..Seronok tak terkata.Walaupun hanya rumah teres setingkat dan tidaklah sebesar manapun. Janji kita puas hati.Sesuai sangatlah dengan keluarga kecil kami. Jiran baru... Sudah tentu.Kiri, kanan, depan dan belakang adalah jiran baru.Majoriti yang mendiami kawasan perumahan baru ini adalah Melayu. AB tak kisah jiran Melayu,Cina dan India..janji baik dan tolong menolong antara satu sama lain. Beruntung kiranya kita dapat jiran yang baik. Sebab jiran adalah orang yang paling dekat dengan kita. Kalau ada masalah jiranlah yang akan datang dahulu, barulah saudara mara kita. Jiran jugalah yang akan tengok-tengokkan rumah kita time kita tiada di rumah. Jiran sebelah AB, Puan Linda dan suaminya Encik Fauzi. Keduanya orang Pahang. Sebelah Linda namanya Puan Fazila. Orangnya  kecil molek.Sebelah Fazila, Puan Suraya, Puan Ziana,Puan Fara,Puan Zaroma dan Puan Hajar. Jiran sebelah kiri ma...

Selesai jua hutang ku..

Alhamdulillah..Akhirnya berjaya juga melunaskan hutang kereta Waja Campro ini selama 9 tahun.. Terasa lapang fikiran. Selepas ini bolehlah kami sekeluarga fokus dan meneruskan perancangan kami untuk tahun hadapan. Beli kereta baru?..Emmm..kereta ini masih berkeadaan baik.Rasenya mungkin tidak untuk masa ini.. Meminjam memang senang tapi nak buat bayaran setiap bulan tu yang liat.Terasa sayangnya duit  Bayangkan selama 108 bulan dengan bayaran RM634.00 sebulan. Nak beli kereta pun mungkin kami akan beli kereta terpakai sahaja yang masih bagus dan baru. Kereta ni bukannya aset.Keluar dari kedai dah pun jatuh harga. Inikan kereta yang dah 9 tahun. Prinsip kami biarlah kita berbelanja dibawah kemampuan kita. Jangan ikut orang sangat.. Rasa nikmat sangat pandu kereta yang bebas hutang  Sekian..

Tanam rumput karpet

Alhamdulillah projek nak tanam rumput karpet di tepi longkang akhirnya berjaya juga..Yahoo... Awalnya nak tanam bunga matahari..tapi rasa tak puas kalau tak pandang hijau-hijauan waktu pagi. Apa lagi bermula lah projek mencari rumput karpet.Pilihan rumput ialah Philippine grass.  Sekeping RM2.00 bersaiz 2x1sekaki..Mahal ke? Janji ada..lagipun beli kawasan Batang Kali..Nak ke Sungai Buloh jauh rasenya.Beli 10 keping.Jumlah RM20.00.Nak tanam pun di tepi longkang.Bukan nak buat taman mini..Adalah sikit tanah sekangkang kera,tanam sendiri pun.Nak upah kontraktor  tak berbaloi. Tak pasti ini cara penanaman rumput hiasan yang betul.Tapi yang utama cabut rumput-rumput liar dan buang segala benda-benda atau bahan binaan yang tak berkenaan. Kemudian ratakan tanah ataupun korek tanah dalam setengah kaki dan masukkan tanah baru. Selepas itu tanamlah rumput karpet.AB tanam rapat-rapat rumput tersebut. Selesai menanam kita siram dengan air ye. Buat permulaan, siram...

Cepatlah..Tik tok tik tok

Cepatlah masa berlalu. Tik tok tik tok..menghitung detik demi detik. Tak sabar nak pulang. Lambaian Home Sweet Home memanggil ku.. Berkerja 7 hari seminggu, memang memenatkan.Fuhh.... Tapi tak pe..Isnin dan Selasa cuti rehat...Leganya ditambah lagi Rabu ini 16 September cuti umum sempena Hari Malaysia. Yess..3 hari..Tapi dalam minda ni banyak kerja rumah nak dibuat dalam masa 3 hari. Pesanan ringkas.Jerebu makin teruk.Pastikan minum air banyak dan kurangkan aktiviti di luar rumah.

Birthday Kek Anis

15 Ogos 2015, genaplah umur Anis 6 tahun. Happy Birthday Anis Qaisara.Maaf mama lambat update cerita Anis..Sorry sayang.Moga Anis menjadi anak yang solehah, diberkati dan success dunia dan akhirat. Mama sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan Anis. Inilah kek birthday Anis yang mama tempah dari Aunty  Fiza  .Mama tahu Anis dah lama sangat nak kek frozen picture Elsa.Cantik kan.Rasa sayang pula nak makan. Terima kasih kak Fiza buatkan kek untuk Anis. Sedap, menepati citarasa kami dan tidak terlalu manis. I Like..