Skip to main content

Posts

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1436H 2015

Alhamdulillah bertemu kita sekali lagi dengan Ramadhan-Nya... Di bulan mulia ini AB ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa. Marilah kita sama-sama sucikan hati,diri dan jiwa di bulan yang suci ini. Moga amalan kita di terima di sisi Yang Maha Esa.. Pastikan Ramadhan ini amat indah dan bermakna buat  anda semua..InsyaAllah..

Semangat yang pudar

Assalamualaikum semua.. Hari ke hari semangat berblog semakin merundum. Bila mood merundum rasa nak tutup blog ni pun ada juga. Kesian blog  pula dipersalahkan.Memang tak patut. Kalau dulu ada sahaja cerita yang ingin dikongsikan. Bila virus M telah menguasai diri, hilang semangat untuk menulis dan menerbitkan entri sehinggakan nak buka laptop pun malas.  Kepada semua pembaca setia, mohon maaf atas kekhilafan ini andai tidak menjenguk anda kembali. Moga diberi semangat yang membara seperti dulu. p/s: sedang membina semula semangat berblog.

Busy ke aku ni ?

Busy nya..Sampaikan blog ini terbiar beberapa hari tanpa entri.Sepi seketika.Next week bercuti dan balik Terengganu sempena cuti sekolah.Makanya blog ini pun bercuti sama. Minggu yang memenatkan bagi AB, banyak tugasan perlu diselesaikan sebelum bercuti..Yeaaay..Happy nya Aina dan Anis,cuti sekolah balik kampung papanya..Orang ada kampung lah katakan. 9.3.2015 Isnin beberapa hari yang lepas, menghantar bonda tercinta membuat rawatan fisioterapi di Hospital Serdang. Alhamdulillah ada peningkatan yang membanggakan buat bonda.Hari yang sama kami berdua membeli tongkat untuk bonda. Daripada berkerusi roda,walker dan sekarang tongkat berkaki 4. Semoga bonda boleh berjalan seperti biasa tanpa menggunakan tongkat lagi. Bonda sebak,"Doakan mak boleh jalan macam biasa ye,"kata bonda. Alahai bondaku,nak menitik air mataku. Oh ye..AB dan pun menghantar Form Defect atau borang kecacatan untuk rumah baru AB dan serahkan kepada pemaju dan akan dilakukan dalam masa 2 minggu. Ce...

Selamat Hari Wanita Sedunia 2015

Selamat menyambut Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac 2015 buat semua wanita di dunia. Sesungguhnya kita bertuah dilahirkan seorang wanita kerana wanita itu istimewa dan penyeri kehidupan.  Tanpa wanita sunyilah dunia. Moga kita menjadi seorang isteri,ibu dan anak yang solehah,di sayangi dan dihormati.

MENANG GIVEAWAY VINTAGE BOOK MARKER

Alhamdulillah menang giveaway anjuran blogger  sallysamsaiman . Hadiah  vintage book marker  telah pun AB terima semalam.  Terima kasih Sally. Suka sangat dapat hadiah ini. Love it.

CPUV Nuffnang : Matrade Brand Awareness,9 Seputeh CNY Video Media,British Council Education

Minggu ini sahaja blog  chenachenis  dapat 3 CPUV daripada Nuffnang. MATRADE Brand Awareness 9 Seputeh CNY Video Media British Council (Education) Terima kasih Nuffnang. Terima kasih penaja. Terima kasih pembaca.

DAH DAPAT KUNCI RUMAH

Akhirnya...kunci yang dinantikan telah pun kami terima semalam. Weeeee. Penantian selama 2 tahun 1/2 bulan yang begitu lama bagi AB.Namun segala urusan berjalan dengan lancar semalam semasa penyerahan kunci. Alhamdulillah ganti rugi kelewatan menyiapkan rumah pun telah diberikan oleh pemaju dan Sijil layak menduduki rumah pun telah di terima .Oleh itu  tidak perlu risau lagi.  Dah dapat kunci ni..of coz lah kita mesti tengok rumah dan kesan segala kecacatan (defect) yang ada. Bermula dari pagar rumah hinggalah ke belakang rumah. Ini termasuk keretakan pada dinding, jubin, air ,elektrik,bumbung,atap,tangki air, toilet dan lain-lain. Segalanya mesti dicatat dan buat salinan defect untuk simpanan sebelum menyerahkan aduan kepada pemaju. InsyaAllah di lain entri AB akan kongsikan dengan lebih detail apa yang perlu dilakukan selepas menerima kunci daripada pemaju. Artikel berkaitan: Pengalaman beli rumah dari Developer Surat Serahan Milikan Kosong