Skip to main content

Posts

CPUV Nuffnang: Samsung Galaxy A Launch

Baiknya Nuffnang.Kempen kali ini  dari Samsung Galaxy A Launch. Kepada yang meminati jenama samsung boleh dapatkan Samsung Galaxy yang memberi kepuasan dengan berselfie. Terima kasih sudi singgah blog ini.

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Menu tengahari yang sedap

Inilah menu tengahari kami sekeluarga. Alhamdulillah, rezeki dari Allah. Sepatutnya ayam kari ayam dan sayur brokoli campur ini menu untuk semalam. Tapi ditunda tak jadi masak sebab dapat jemputan kenduri doa selamat tengahari semalam. Oleh itu menu untuk hari inilah. Kari Ayam dan Sayur Brokoli campur Seronok tengok anis dan aina makan bertambah sebab ayam masak kari ni memang  lauk kegemaran mereka.Mungkin sebab dah tengahari perut pun lapar di tambah pula dengan ikan masin gelama (tiada dalam gambar). Apa lagi makan pun bertambah. InsyaAllah petang ni nak ke rumah kawan kerana beliau akan menunaikan umrah dan berangkat ke Tanah Suci minggu hadapan. Dan kepada kawan-kawan yang akan pulang dari bercuti berhati-hati ketika memandu.

BELI DARLIE DAPAT 1 KOLE MARVEL

2 bulan lepas beli darlie, dapat hadiah Mug Transformer.  2 minggu lepas beli Kit Kat dapat Mug percuma. Hari ini beli 2 pek Darlie Enamel Protect dapat 1 Kole Marvel. So..bertambah koleksi mug di rumah ini. Tak perlu beli mug yang lain. Percuma ke?..Bagi AB dan suami tak..sebab kita dah beli mug sebenarnya, harganya RM0.50.Dengan pembelian  2 pek darlie percuma 1 kole, harganya RM14.90. Beli 2 pek darlie  tanpa hadiah mug ini, RM14.40. Bezanya RM0.50. Terpulang kepada kita sebagai pengguna yang bijak. Benda hadiah ni selalunya kita sebagai pengguna cepat terpengaruh. Dulu mak-mak  kita suka sangat beli barang yang ada hadiah percuma. Untung katanya..

CPUV Nuffnang: Maggi Kari - Curry Festival

Alhamdulillah rezeki datang lagi menyinggah di blog ini..CPUV yang ketiga untuk bulan Februari.  CPUV kali ini  dari Maggi Kari-Curry Festival. Terima kasih Nuffnang..

Mini GA by Nina + Anies

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sesiapa yang berminat bolehlah klik banner dibawah.  Syarat pun mudah.. Tag Budak cekgunorazimah

Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN Pencarian bloglist bagi bulan Mac-April 2015 di  cekgunorazimah.com  bermula pada hari ini,  31 Januari 2015 , iaitu tepat jam  12.00 tengah malam sehingga 28 Februari 2015,  iaitu tepat jam  11.15 malam.  Semua dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog   CN  (ada di side bar [Followers Awesome] )  Add To Circle G+CikguNorazimah   dan   Follow Instagram cikgunorazimah  (jika ada)   Buat entri bertajuk  " Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN"   Copy coding   yang telah disediakan dan paste kan ke dalam   ruangan HTML   dan   Publish  entri.   Tinggalkan URL entri   anda ke dalam ruangan komen   INI . Seramai 15 orang peserta akan  dipilih untuk masuk  dalam bloglist CN untuk bulan Mac-April dan kepada yang terpilih nanti diminta agar mem...