Skip to main content

Posts

Blogger Area Mega Give Away

Assalamualaikum.. Join : Klik Banner di atas  Give Away ini akan berlangsung selama sebulan bermula 1-31 Oktober. Nak lihat senarai hadiah untuk 153 orang pemenang klik  Senarai Hadiah . Banyak tu..

Salam Aidil Adha 1435H

Dengan ingatan tulus ikhlas, disusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf terkasar bahasa dan kata kepada semua rakan blogger yang sudi menjalin persahabatan di alam maya ini.  Kepada mereka yang melakukan ibadah Qurban tahun ini, semoga ibadah kita diterima oleh Allah.  Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1435H 2014 .Semoga takbir yang bergema membawa seribu keberkatan dan bersamalah kita menyelami erti pengorbanan yang sebenar.

My Mesra September 2014

Assalamualaikum.. Terima kasih diucapkan kepada sahabat sekalian yang tak jemu-jemu memberi komen di setiap entri di blog ini. Komen-komen anda semua amat dihargai.  Di bawah ini disenaraikan 10 sahabat blogger yang rajin meninggalkan komen. Silalah jemput melawat sahabat-sahabat ini:- 1. Khir Khalid www.khirkhalid.com 2. Cikgu Norazimah www.cekgunorazimah.com 3.Khai Rin : anies   aniesandyou.blogspot.com 4. Ismi Ana annaputri20.blogspot.com 5. Budak rainfallasleep.blogspot.com 6. Belog Santai myblogsantai.blogspot.com 7. Mrs Secretary farahwahyda.blogspot.com 8. Bin Muhammad relakssminda.blogspot.com 9. Sylarius Yusof anakaskarpencen.com/blog/ 10. mamaniza www.mamaniza.com Kepada sahabat semua "Selamat Hari Raya Aidil Adha dan selamat bercuti. Semoga kebahagian dan keceriaan menjadi milik anda semua.

Tak pe tak dapat :)

Assalamualaikum dan selamat pagi Alhamdulillah syukur, kita masih diberi kesempatan untuk bangun,bernafas,bersolat,makan dan menjalani kehidupan di dunia ini.Terima kasih Ya Allah.. Hari ini adalah hari Jumaat minggu pertama dalam bulan Oktober, semoga kita semua dilimpahi rahmat dan dilindungi oleh Yang Maha Esa.. Alhamdulillah, minggu ni saja ramai kawan blogger semua banyak menerima iklan Nuffnang sampai ada yang berderet 3,7,8. Tahniah semua. Yang tak dapat macam aku, jangan bersedih. Senyumlah..senyum pengubat segala duka dan kitalah yang menentukan sikap kita terhadap kehidupan sama ada positif ataupun negatif . Oleh yang demikian, ceriakan hari kita dengar sikap yang positif walaupun hanya perkara yang kecil :)    Salam Jumaat

Mata dah mengantuk

Bila mata dah mengantuk nak update entry pun dah tak larat.Tapi gagahkan juga..Sambil menaip mata ni kejap-kejap pandang TV dan menunggu mesin basuh menyudahkan kerjanya.Ada lagi 9 minit, kemudian sidai kain. Penat, memang penat..Kerja rumah perlu diberaskan.Esok kerja. Kalau dapat minum kopi sedap juga ni.Nanti tak boleh tidur pula..Aina dan Anis dah lama diulit mimpi.Seronoknya..Inilah entry aku yang paling tak semenggah.. Apa lagi..tutup segala gajet yang ada. Selamat Malam..

Selamat Hari lahir mak dan fiera ♫

ALLAH SELAMATKAN KAMU  ♫ ♫ ALLAH SELAMATKAN KAMU ♫ ♫ ALLAH SELAMATKAN MAK ♫ ♫ ALLAH SELAMATKAN MAK ♫ ♫ Hari ini genap usia mak yang ke 67 tahun. Selamat hari lahir buat mak tercinta Puan Hajjah Kalsom. Jasa mak yang melahirkan kami,mendidik,membesarkan kami 6 beradik tidak kami lupakan hingga akhir hayat. Buat mak yang abah panggil 'cun', kami doakan mak panjang umur,dikurniakan kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki,sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah.Moga kebahagiaan dan keceriaan menjadi milik mak. Maafkan kami jika ada salah dan kesilapan kami yang kadang-kadang buat mak susah hati. Mak pernah berkata kepada kami walaupun kami dah kahwin dan mempunyai anak, kami 6 beradik tetap anak kecil dimata mak.. Sayang mak... Buat fiera, anak saudaraku yang berkongsi hari lahir yang sama dengan opah.. Mama,papa, kakak aina dan anis ucapkan  "Selamat Hari Lahir..Fiera..  Moga fiera menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia dan akhirat.. ...

Lagu Pilihan Nasyid

Assalamualaikum.. Kembali bersiaran selepas penat bekerja.So hari ini kita dengar lagu kegemaran aina dan anis. Lagu nasyid Rasulullah dari kumpulan Hijaz.Diorang berdua memang suka sangat lagu ni.Lebih-lebih lagi anis memang hafal lagu ni. Sebenarnya banyak lagi pilihan lagu nasyid yang aku memang suka.Antaranya Raihan,Inteam,Rabani dll. Album pertama Puji-Pujian dari kumpulan nasyid Raihan memang wajib ada  dalam kereta.Senang,kalau dah bosan dengar lagu yang radio putarkan, kita dengar lagu nasyid. Rasa tenang, aman dan sejuk je hati. Aku memang penggemar irama nasyid sejak sekolah dulu. Lagipun lagu nasyid banyak membawa mesej dan nasihat yang disampaikan.Lirik lagunya mengajak kita kearah kebaikan dan melodinya boleh membawa ketenangan jiwa. Semoga lagu nasyid tetap menjadi pilihan dan menjadi lagu evergreen pada masa akan datang. -tamat-