Skip to main content

Posts

CPUV : RWG Ice Age Adventure

Alhamdulillah rezeki di bulan September. Dapat lagi CPUV daripada RWG Ice Age Adventure. Terima kasih  Nuffnang   dan pihak penaja.  Klik di sini untuk maklumat

Bawa apron comel

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Disebabkan aina dan anis nak sangat berjumpa dengan umi dan ayah minggu lepas, papa aina pilih ke dua-dua Plan .Plan bersihkan rumah dan jumpa umi.. Seronok bukan main.Tapi tunggu mama dan papa bersihkan rumah dulu lah ye..Kalau tak, tak boleh keluar. Keluar pun dah petang dan sampai sana pun dah nak maghrib.Perjalanan ke sana mengambil masa selama satu (1) jam setengah. Rupa-rupanya ada cerita di sebalik itu, aina dan anis tanpa pengetahuan aku, telah bawa Apron  masing-masing sebelum keluar rumah. Nak ambik order dengan umi katanya. Pelawaan kami berdua nak ke Aeon, Taman Equine pun diorang tak endahkan.Boleh cakap, "mama, papa..pergilah, kitorang nak jaga kedai sekejap..Ehhh..buat macam kedai sendiri.  Macam-macam lah budak berdua ni. Umi dan ayah layan je karenah budak berdua ni. Balik pun dah lewat..Janji diorang berdua happy..Itu pun anis dah buat muka sedih depan aku.."mama boleh tak anis tidur dengan um...

Yang Mana Pilihan Hati..

Aina dah senaraikan apa aktiviti untuk dilakukan hujung minggu ini. Almaklumlah kami berdua cuti dan cuti sekolah dah pun bermula. Macam-macam aina dah plan untuk kami.  First nak breakfast di luar, makan roti canai katanya. Lepas makan roti canai, nak main   bowling . Kakak tak puas hati sebab kalah dengan adik, katanya.Then tengok wayang.Selepas tengok wayang kita jumpa umi dan ayah di Restoran Melima.  Then kita balik... Padahal aku pun ada plan sendiri dan plan ini dah pun dipersetujui oleh papa aina sebelum ini. Apalagi kemas rumah lah..Rumah kena dibersihkan setiap minggu. Nak pergi berjalan memang tak ada dalam plan ku ini. So plan mana nak ikut. Plan aku ke plan aina ni? Tapi aku dah tahu jawapannya mesti papa aina pilih plan aina. kompem...Tapi tunggu je lah ye.. Yang Mana Pilihan Hati.. Ni picture 2 minggu lepas masa jumpa umi dan ayah.. Seronok betul mereka berdua.Kalaulah umi masih jaga aina dan anis, pasti diorang berdua nak tolong...

CPUV Nuffnang : RMK Autumn/Wrinter 2014

Alhamdulillah rezeki di pagi Jumaat. Setelah menyepi seketika, hari ini CPUV Nuffnang muncul juga di blog chenachenis untuk iklan RMK Autumn/Winter 2014. Syukur.. Terima kasih yang selalu singgah dan baca blog  chenachenis ,beri komen dan klik iklan.Allah sahaja yang balas kebaikan anda semua. Terima kasih  Nuffnang  juga.

Mutiara Kehidupan

"Teman yang paling baik  adalah apabila kamu melihat wajahnya Kamu teringat akan Allah Mendengar kata-katanya, menambahkan ilmu agama Melihat gerak gerinya teringat mati" ( Hadis Riwayat Muslim) Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Kebenaran membawa ketenangan  Sedangkan dusta menimbulkan keraguan." (Hadis riwayat at-Tirmidzi) Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Lihatlah kepada orang yang berada di bawah  dan janganlah melihat orang yang di atas Kerana hal yang demikian lebih patut agar kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang telah diberikan kepada kamu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) "Semua penulis akan mati Hanya karyanya akan Terus abadi Maka tulislah sesuatu yang akan membahagiakan dirimu di akhirat nanti." (Ibnu Sina) Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua..

Perkembangan Fesyen Tudung Kini

Amboi-amboi ke main anis menggayakan shawl barunya.Sukalah dia bila papanya belikan tudung shawl untuknya.Aina mula-mula tak nak, pas tu beria-ia nak tudung purple. Bergaya sakanlah anis dan aina nanti  ye.. Sekarang ini pun kanak-kanak pun boleh bergaya macam orang dewasa.Jangan tak tahu kan.Mak bergaya, anak pun sama bergaya. Bercerita pasal fesyen tudung d Malaysia, sekarang ini fesyen tudung sudah mengalami revolusi dan ianya lebih komersial . Macam-macam stail tudung sekarang dan banyak kedai   tudung online tumbuh bak cendawan. Harganya  pula tentulah berbeza mengikut kualiti dan jenis kain yang digunakan. Jangan susah hati tutorial cara nak menggayakan tudung pun banyak di internet.Tapi bagi aku keselesaan dan mudah dipakai amat penting selain mengikut trend masa kini . Kalau kita perhatikan, fesyen tudung di Malaysia sekarang mengikut musim. Aku ingat lagi ada satu masanya Tudung Bawal mendapat tempat di hati, kemudian apabila Tudung Sarung ...

Hargailah insan tersayang

Assalamualaikum.. Hargailah insan-insan yang tersayang yang masih ada di sisimu..