Skip to main content

Posts

Darjah 6

Kembali kepada Pencipta Alam

Amat tersentuh dengan kata-kata Kapten Nurodin Abd Majid. Beliau merupakan bekas ketua bahagian pesawat 777 semasa berkhidmat di MAS. Apabila ditanya apakah yang berlaku ke atas MH370 ? Jawapan beliau dengan penuh yakin dan tegas "Hilang!  Full Stop..!" "Kita orang yang beriman Allah yang menentukan segala-gala..Dunia ini kepunyaan Pencipta.. Dan apabila ditanya bagaimana cara untuk mencari ? Kuncinya adalah..Doa daripada orang-orang yang soleh yang dekat dengan Allah Subhanallah Taala dan doa ahli keluarga yang bersedih".. Semua yang berlaku dengan izin Allah.Manusia adalah hamba yang serba kekurangan.Berusahalah kita dan berdoalah kepadaNya. Betapa canggih sekalipun ciptaan sains dan teknologi manusia , doa dan mohonlah kepadaNYa adalah kunci segalanya..

Selamat Hari Wanita 2014

Assalamualaikum.. Selamat Hari Wanita  buat insan hebat yang bergelar wanita. Semoga menjadi wanita solehah dunia dan akhirat,tabah menghadapi segala ujian, di segani, dihormati, di sayangi, berakhlak mulia dan berilmu. PERUTUSAN KHAS YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT SEMPENA SAMBUTAN HARI WANITA ANTARABANGSA 8 MAC 2014 Hari Wanita Antarabangsa  2014 membawa seribu pengertian kepada setiap wanita di Malaysia, kerana hari ini merupakan hari pengiktirafan dan penghargaan ke atas sumbangan, pengorbanan serta perjuangan wanita generasi terdahulu yang menjadi sumber insipirasi wanita masa kini. Tema yang diperkenalkan oleh UN-Women, “ Equality for Women is Progress For All”, menjadi penyuntik semangat supaya wanita-wanita lebih bersedia berganding bahu di arus perdana bersama kaum lelaki untuk terus memacu jentera pembangunan Negara, selain berperanan sebagai pengukuh ikatan kekeluargaan. Harapan saya, misi Hari W...

Khasiat buah mengikut warna

Buah kaya dengan vitamin dan mineral yang penting untuk tubuh badan.Mungkin ramai yang tidak tahu, warna buah yang berbeza mengandungi khasiat dan kelebihan tersendiri. Kita disarankan makan buah-buahan paling sedikit tiga hidangan seminggu.Lebih baik jika buah yang kita makan mempunyai pelbagai warna bagi mendapatkan khasiat yang memuaskan.  Khasiat buah mengikut warna Oren-Wajah berseri Vitamin C antara vitamin yang penting dan sering dikaitkan dengan kecantikan kerana ia dapat menghasilkan kolagen.Kolagen membantu pertumbuhan sel-sel baru bagi menggantikan sel-sel yang telah mati.Seterusnya menjadikan kulit tampak berseri dan segar. Contoh buah limau. Merah-Penglihatan yang tajam Buah bewarna merah seperti tembikai dan tomato mengandungi karotenoid dan dapat membekalkan vitamin A yang cukup baik untuk membantu sistem penglihatan.Kelebihannya, mata akan sentiasa segar dan dapat mengelakkan penyakit rabun. Contoh buah tembikai,tomato,strawberi Ungu-Elak Kan...

Pendaftaran Kemasukan Tahun 1 2015/2016 Dibuka

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2008 dan 2009 kini boleh mendaftar kemasukan anak  Tahun 1 untuk tahun 2015 dan 2016 .Ini untuk anak-anak yang tinggal di Selangor sahaja ye.Permohonan ini telah di buka pada 1 Mac - 30 April 2014. Sila Klik :  http://apps.moe.gov.my/esppsel/ Kronologi ringkas pendaftaran: Sebelum itu, sila baca dulu pengenalan sistem serta tatacara dan panduan permohonan dan masukkan maklumat  MyKid dan tarikh lahir untuk mendapatkan no.Pin. Klik Permohonan online dan sila  masukkan data maklumat pemohon sehingga selesai.Sila semak semua maklumat dan ibu bapa dikehendaki mencetak slip permohonan dan senarai semak dokumen yang diperlukan. Sila kemukakan dokumen tersebut ke sekolah yang dipohon bagi tujuan Perakuan Permohonan. Bagi yang mendaftar pada tahun 2015 (Tarikh penting) Sila buat perakuan Permohonan Pendaftaran di sekolah di mana anak jagaan didaftarkan dalam tempoh 14 hari selepas membuat pendafta...

Cinta Anugerah yang Terindah

Cinta..Jika ditanya saat ini siapakah insan yang paling kita cintai, sudah tentu jawapannya cinta kepada ibu bapa, suami atau isteri, anak-anak,kekasih, kawan, adik-beradik dan lain-lain..Kita berhak bercinta dan dicintai dan kita pasti ada alasan yang kukuh kenapa kita mencintai seseorang. Pepatah mengatakan cinta itu buta.Kerana cintalah ada wanita yang sanggup meninggalkan keluarganya demi mengikuti jejaka pilihan yang dicintai.Kerana cinta buta ada yang sanggup menyerahkan mahkota diri demi mengikut cinta yang pelum pasti kesudahannya. Cinta itu anugerah terindah.Setiap saat dan waktu dirasakan seolah-olah berada diawang-awangan.Hidup benar-benar indah.Makan,tidur,baring,hitam,putih.Semuanya kerana cinta. Di matanya ada cinta. Gunung akan ku daki.Lautan berapi akan ku renangi.Ranjau duri sanggup ku redahi.Setiap hembusan nafas ,denyutan nadi dan setiap langkah dan gerak geri ada cinta. Malangnya, ini cinta sang arjuna dan ratna. Alhamdulillah.Cinta yang didamba akhi...

Nasi Lemak Nescafe O

Alhamdulillah syukur, ada hamba Allah yang baik hati belanja kami berdua sarapan pagi hari ini. Pakcik ni beria-ia sangat nak belanja kami pagi tadi sebelum bertolak ke tempat kerja. Alasannya dia dah berniat nak belanja kami. Jadi tak boleh tolak pelawaannya.  Mak dan abah selalu pesan pada azlea dan suami, kalau jumpa orang yang kita kenal di kedai makan, belanjalah orang tersebut walaupun segelas air, bertegur sapalah. InsyaAllah hati kita akan tenang dan semoga Allah murahkan rezeki kita. Yakinlah rezeki Allah itu dalam pelbagai bentuk. Tidak semestinya dalam bentuk harta dan wang ringgit. Kita akan dikurniakan hati yang tenang, kesihatan yang baik, anak yang pandai dan mendengar kata dan macam-macam lagi.  Terima kasih pakcik..belanja kami  dua pinggan nasi lemak yang sedap, telur mata dan nescafe O. Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki pakcik sekeluarga dan dikurniakan kesihatan yang baik. *tak sempat ambil gambar nasi lemak Nek Tam tadi..