Skip to main content

Posts

Basikal dah cantik...

Petang tadi kami hantar basikal lama anis ke kedai basikal.Tanya tuan kedai basikal boleh baiki tak?Boleh katanya.Usia basikal ni pun dah 5 tahun.Beli pun masa umur aina 2 tahun. Harga masa tu RM70.00..murah sangat.Sekarang mana dapat lagi basikal harga RM70.00.Paling murah pun RM95.00.Mesti opah dan tok dad terkejut basikal dah cantik dan boleh digunakan lagi.. Inilah basikal kecil anis Berpeluh abang tu..operate basikal anis Tukar tayar depan pula dan seat Dah siap pun.. Senyum lebar dari anis.Basikal kecil dah cantik..Lepas ni mama simpan kat muziumlah anis ye.. ~Azlea~

Dubuk

Aina Kumpul Medal

Balik dari kerja khamis lepas, Aina dengan bangganya menunjukkan medal ke 2 nya.Medal pertama ,Aina memenangi tempat ke 3 dalam acara bola jaring peringkat kebangsaan 2013.Medal ke 2 ,Aina menang tempat ke 5 dalam larian kejohanan merentas desa 2014, tahun 1 pada hari khamis yang lepas..Wah hebatnya aina..walaupun tempat ke 5, kami tetap berbangga..Selepas ini, setiap tahun bolehlah aina kumpul medal..Dulu masa zaman azlea sekolah rendah, mana ada hadiah medal, kalau kejohanan atau acara sukan mesti pihak sekolah akan hadiah pinggan mangkuk kaca..hihihi..yang penting semangat kesukanan mesti ada. Ok..short entry..minggu ni memang banyak sangat kerja..semalam dan hari ini, kerja.Esok dan selasa..yeaaa cuti... ~Azlea~

Annual Dinner and Weekend Outing (BGRC)

Hari ni baru dapat update blog dan jengah blog rakan-rakan yang lain. Ye lah, habis je balik dari Gambang ahad lepas, esoknya dah masuk kerja dan seharian busy meguruskan pendaftaran pelajar baru..fuh..penat..tak nak cerita pasal kerja..hanya kongsikan sepanjang berada di Bukit Gambang Resort City (BGRC).. 17/1/2014 (Jumaat) Azlea telah dijemput untuk menghadiri Sentoria Annual Dinner and Weekend Outing di BGRC selama 3D 2N (17-19/1/2014) untuk menghargai staf Sentoria Group Berhad.Pakej ini ditaja oleh Sentoria..Wow..best kan..boleh bawa ahli family lain..Kami sampai lewat juga di BGRC..check in jam 3.00pm..dan menginap di Arabian Bay Resort..memang dah pilih Family Suite (Bilik 2, katil 4). Breakfast untuk 2 hari, Water Park,Safari Park dan Outdoor Riders Arabian-Family Suite  Apalagi pantang nampak kolam..mandilah..macamlah tak pernah jumpa air.. Boleh buat istana pasirlah anis.. Kesejukan..berendam lama dalam air.. 18/1/2014 (Sab...

~Annual Dinner di BGRC ~

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..company azlea akan mengadakan annual dinner di bukit Gambang Resort pada hari sabtu ni. Kebetulan hari ini public holiday..Company berbesar hati memberikan kebenaran kepada kami semua check in lebih awal, jadinya 3 hari 2 mlm lah di sana. .Tahun sebelumnya, 2 hari 1 malam je. Penginapan ditanggung oleh company kecuali perbelanjaan lain dan makan di water park, safari night dan aktiviti lain di tanggung sendiri..Tak dapat nak cerita lebih lanjut lagi tentang annual dinner dan company sebab pagi ni kami sekeluarga akan bertolak ke Gambang...Semoga Allah permudahkan perjalanan dan keselamatan kami ke sana.. ~Azlea~

~Bila dapat mandi kolam~

Seronoknya aina dan anis dapat mandi kolam hari ni. Papa dan mama cuti.Selalunya papa aina dan anis kerja, tapi hari ni cuti..yeaaa seronoknya.Kalau tak mama je yang ada di rumah kalau time cuti.Ye tak...Kolam tu dah bocor sebenarnya, jadi hari ni cuaca elok sangat, papa aina tampal, elok pulak tu..apa lagi bersoraklah diorang..horay, horay, kita dapat mandi kolam. Sambil tu bolehlah tolong basuh kereta ya..rajinnya anis ni..Malam ni tidur awal lah aina dan anis penat mandi.lagipun esok sekolah.. ~Azlea~

Salam Maulidur Rasul 2014

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1435 H. Perbanyakkanlah berselawat ke atas Nabi junjungan kita,Nabi Muhammad SAW. Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah.