Skip to main content

Posts

~Bila dapat mandi kolam~

Seronoknya aina dan anis dapat mandi kolam hari ni. Papa dan mama cuti.Selalunya papa aina dan anis kerja, tapi hari ni cuti..yeaaa seronoknya.Kalau tak mama je yang ada di rumah kalau time cuti.Ye tak...Kolam tu dah bocor sebenarnya, jadi hari ni cuaca elok sangat, papa aina tampal, elok pulak tu..apa lagi bersoraklah diorang..horay, horay, kita dapat mandi kolam. Sambil tu bolehlah tolong basuh kereta ya..rajinnya anis ni..Malam ni tidur awal lah aina dan anis penat mandi.lagipun esok sekolah.. ~Azlea~

Salam Maulidur Rasul 2014

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1435 H. Perbanyakkanlah berselawat ke atas Nabi junjungan kita,Nabi Muhammad SAW. Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah.

Hadis dan falsafah

Hidup adalah satu Perjuangan Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW,baginda bersabda: Allah berfirman:"Aku telah menyediakan untuk hambaku yang soleh,apa yang belum pernah mata melihat,belum pernah telinga mendengar dan belum pernah teringat(terlintas) dalam hati manusia." Sumber:google Belanja Wang sebaik-baiknya Daripada Abu Hurairah RA katanya,sabda Rasulullah SAW,"Antara wang yang engkau belanjakan untuk hamba sahaya,wang yang engkau sedekahkan kepada orang miskin dan wang yang engkau belanjakan untuk kaum keluargamu,maka pahala yang paling besar ialah wang yang dibelanjakan untuk menyara kaum keluargamu." Selawat Rasulullah SAW bersabda:"Sesiapa yang bersalawat kepadaku dengan sesuatu selawat, sentialah Malaikat berdoa untuknya selama ia berselawat kepadaku; oleh itu terpulanglah kepada seseorang sama ada ia hendak bersalawat sedikit atau banyak." ~Azlea~

Hujung Minggu yang bermakna

sumber : google Assalamualaikum dan selamat pagi..Mari kita manfaatkan cuti minggu kita bersama insan yang tersayang..Bagi azlea dah tentu bersama hubby dan buah hati pengarang jantung (aina dan anis). Hujung minggu kami selalunya dihabiskan dengan mengemas rumah, ronda basikal,main netball, apa lagi..main badminton dan pastinya aina dan anis gembira bila dapat tahu mama cuti pada hari sabtu dan ahad.. Paling bermakna bila kami dapat cuti bersama..biaselah hubby kerja di hospital (shift pula tu)...jarang dapat cuti bersama..kalau azlea cuti..dia kerja..Jadi peluang yang ada akan digunakan sebaik mungkin bila kami dapat cuti bersama. Plan minggu ni? Plan nak sambut birthday kakak. Semoga apa yang dirancangkan berjalan lancar..Selamat hari lahir Along..Semoga Allah murahkan rezeki along dan sihat selalu..Sayang Along.... ~Azlea~

Kisah Si Miskin dan Si Kaya

Assalamualaikum..tazkirah Jumaat... google Suatu hari ketika nabi Musa a.s sedang berehat di rumahnya, tiba-tiba dia didatangi seorang tetamu.Pakaian tetamu tersebut sangat lusuh berdebu,bahkan terdapat koyakkan serta tamplan pada pakaiannya. Kemudian tetamu tersebut memperkenalkan dirinya dengan berkata,"Wahai nabi Allah bukanlah tuan adalah kalamullah,bolehkah tuan menolongku? "Apa permintaan mu saudara?" bertanya nabi Musa a.s."Aku adalah seorang miskin,aku mohon tolong sampaikan kepada Allah permohonanku ini,agar menjadikan seorang yang kaya,"pinta si miskin. Nabi Musa a.s hanya tersenyum dan berkata kepada si miskin,"Saudaraku,banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah." Terkejut si miskin, dengan nada kesal dia menjawab,"Bagaimana aku mahu bersyukur,aku makan jarang, dan pakaian yang aku pakai ini hanya satu lembar sahaja."Akhirnya si miskin pun pulang dengan hampa tanpa mendapatkan apa yang diingininya. Beberapa k...

Dah berpindah milik.....

Laptop kesayanganku yang kini dah berusia hampir 9 tahun.Kini menjadi milik Aina dan Anis.. Wah..seronoknya aina main game. Lepas ni bolehlah ajar cara nak open microsoft word, save and print. Cadangnya sebelum itu nak belikan tab yang murah, tapi bila difikirkan rasa macam membazir..Jadi berikan saja laptop yang banyak berjasa pada kakak dan adik-adik azlea. Dengan laptop inilah diorang buat assignment masa belajar di Universiti..sekarang diorang pun dah bekerja dan berkahwin, maka dikembalikan semula kepada tuan punya laptop ini.. Tak mengapa walaupun azlea tak guna lama pun laptop ni..janji puas dapat tolong adik beradik yang lain kan. Jadi lepas ni Aina dan Anis tak boleh kacau mama lagilah..kalau tak mama nak tengok upin ipin.Padahal tiap-tiap hari tengok upin upin di TV...alahai sayang...

Bodoh atau pandai