Skip to main content

Posts

Hari terakhir di Tabika Kemas

Mengimbas kembali 2 tahun yang lepas, anak yang didukung di hadapan kelas dan menangis itulah membawa namanya dan cikgunya ke peringkat kebangsaan 2013.Sebak rasanya bila mendengar ucapan cikgu Ana "inilah kali pertama terpilih ke peringkat kebangsaan".Bukan senang tanpa komitmen yang tinggi.Tahniah buat Aina . 13 November 2013 telah diadakan majlis akhir tahun Tabika Kemas 1 Ulu Yam Baharu, majlis kejayaan pasukan bola jaring terutama Aina yang telah terpilih ke peringkat kebangsaan pada hari Potensi Kemas Kebangsaan 2013 (7-9 November 2013) lalu  dan majlis hari lahir juga..Seronok sangat Aina dan kawan-kawan lain semuanya dapat hadiah dari Cikgu Ana. Hari terakhir Aina di Tabika... Persembahan Aina n friends dihadapan parents. Aina tiada dalam persembahan pada hari graduasi 7 Nov 2013 yg lalu. Tapi masih lagi ingat step2 yang diajar oleh Cikgu Ana.. Nanti jangan lupa bawa bekal tau pergi sekolah.. Ehh siapa tu yang beri hadiah..En suami jadi bidan ...

Salam Maal Hijrah 1435H

Salam Maal Hijrah 1435H  Semoga hijrah kali ini menjadikan kita Muslim yang cemerlang di dunia dan di akhirat.Hijrahkan diri kita kepada kebaikan, semoga beroleh keberkatan dan kebahagian daripada Allah SWT...

Hadiah yang lebih baik

Secara realitinya, sebahagian daripada kita tidak bertemu dengan jodoh dengan cinta pertama kita.Kita juga mungkin tidak bertemu jodoh dengan orang yang minat dengan kita.Tetapi..mungkin akhirnya kita bertemu jodoh dengan seseorang yang tidak kita sangka. Apa yang penting, bukanlah pertama ataupun orang yang kita suka, yang penting adalah orang yang sesuai dan baik untuk kita. gambar google Izinkan Azlea berkongsi kata-kata hikmah ini yang amat menyentuh hati ketika membacanya: Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita menjadi penilai yang baik. Memang sengaja Allah menemukan kita dengan orang salah supaya kita sedar yang kita hanya makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik,khas untuk diri kita. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar Allah Maha Pemurah dan Penyayang kerana meng...

Buah Kiwi kegemaran Aina

Aina suka makan buah kiwi.Kalau boleh dia nak habiskan buah kiwi tu hari tu juga.Sedap katanya.Memang pun sedap.Harganya boleh tahan juga.Expecially buah kiwi 'Gold'.So, kena beli buah kiwi 'Green' untuk aina sebab nak topup balik dalam fridge.Sebab hari tu aina dah kira,buah kiwi yang balance 2 simpan untuknya.Tapi entah cammane aku dah makan sebiji semalam... Fakta yang ingin dikongsi keistimewaan makan buah kiwi: Mestilah baik untuk kesihatan sebab ada banyak kandungan nutrisi dan sesuai untuk diet sihat. Makan 2 biji sehari dah cukup untuk kandungan nutrisi yang diperlukan oleh badan kita. Dah tentu sedap walaupun ada rasa masam-masam. 2 kali ganda jumlah Vitamin C berbanding buah Oren. Sesuai untuk Ibu yang hamil tau. Sebab ia mengandungi Asid Folik untuk perkembangan otak bayi. Mengandungi potassium yang sama dengan pisang. Ada anti-aging. Mengandungi serat, Vitamin E (jantung dan antioksidan). Dapat mengurangkan keradangan yang berkaitan dengan...

Gelagat chenachenis

Seronoknya Aina & Anis (chenachenis) bila dapat ke office last week.Sanggup bangun awal ...semuanya baik, cakap tak nak kacau mama, tak nak buat bisinglah..sekejap je..pas tu diorang berdua ni buat bising,ketawalah,berguraulah..yang bestnya lama lagi ke mama? Ha kan dah cakap..bosanlah tu..Aktiviti anis dan aina... Gunting menggunting kertas bersantai konon,siap bawa bantal tu.. Nanti nak datang lagilah office mama.Boleh tak mama?..Boleh..seronok pula diaorang.Mana taknya.Atas office.Turun bawah,shopping complex..hehehe.. Salam Sayang ~Azlea~

Rahsia Senyuman

Assalamualaikum buat rakan pembaca semua..Alangkah ruginya kalau kita terlepas  12 rahsia di sebalik senyuman.Tak percaya? Jom baca fakta ini: Dalam ajaran Islam,senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah.Sabda Rasulullah SAW."Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah,beramal makruf yang kalian lakukakan untuk   saudaranya juga sedekah,dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah."(HR Tirmizi dan Abu Dzar). Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabaitkan diafragma,abdomen,sistem pernafasan,muka,kaki dan otot belakang. Senyuman bukan sekadar reaksi terhadap sesuatu,malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorfin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri. Apabila kita senyum,sel pembunuh tumor dan virus semula jadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon protein melawan penyakit),sel T (yang penting untu...

Hibanya hatiku..

Hibanya hatiku meninggalkan anak kecil berumur 6 tahun di hostel bersama Fatin.Lagi hiba,kakak oklah mama,Cikgu Fatin ada.Lega Fatin ade,next week cikgu lain yang temankan aina.Semalam adalah hari pertama aina menjalankan latihan netball bersama rakan pasukan 'Selangor' yang lain. Jadual latihan aina padat.Setiap minggu aina akan berlatih di Klang dan ditemani guru pengiringnya.Al-Hamdulillah aina cepat mesra dengan rakannya dan agar aina dapat belajar membina dan meningkatkan keyakinan dirinya. Sesi beramah mesra dengan Cik Aisyah (Pemain Bola Jaring Selangor) Berbual-bual manja dengan Fatin Jadual latihan sepanjang Oktober  Semoga Team Bola Jaring Selangor menjuarai pertandingan buat kali ke 3 di Hari Potensi Tabika Kemas Kebangsaan 2013 di Uitm Merbok Kedah pada 8-9 Nov ini. Salam Sayang ~Azlea~